Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 24 Januari 2014

Harun Taib meninggal dunia


SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu 12.10 tengah malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Berita itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali kepada sebuah portal tempatan malam tadi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu, jenazah Allahyarham Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli Pas agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk allahyarham.

“Moga ALLAH merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Bagi pihak Dewan Ulama Pas Pusat dan seluruh jawatankuasanya, beliau mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham.

“Jasa dan amal perjuangan dakwah almarhum sepanjang berkecimpung dalam gerakan Islam seawal remaja sehingga ke akhir hayat Insya-ALLAH diganjari dengan yang terbaik oleh ALLAH subhanahu wa taala,” ujarnya lagi.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan seluruh kepimpinan Pas negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, semoga bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ALLAH tersebut.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular