Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Januari 2014

Isu Azmin: Pengurus Besar dan SU PKNS dipindahkan ke SUK


SHAH ALAM - Pengurus Besar, Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), diarahkan berpindah ke Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor (SUK) bermula hari ini (kemarin).

Memetik kenyataan media Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tindakan itu diambil bagi memberi laluan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi melakukan siasatan menyeluruh berhubung pemecatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, baru-baru ini.

"Saya telah menyerahkan kuasa siasatan itu kepada Datuk SUK untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Kerja PKNS.

"Surat kuasa itu memboleh Datuk SUK untuk melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan yang melibatkan fakta dan undang undang," katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.

Khamis lalu, Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, jawatan Azmin ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu dan dibuat selaras dengan mesyuarat Exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang dijadualkan membuat kenyataan media petang tadi bagaimanapun membatalkannya pada saat akhir, sambil menyifatkan tindakan Pengurus Besar PKNS itu dilakukan tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku Pengerusi anak syarikat kerajaan negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS terbabit kekal seperti yang diarahkan oleh Pengurus Besar, Othman Omar pada 8 Januari lalu.

Keputusan itu dikekal sementara siasatan dalaman itu selesai dijalankan oleh pihak pentadbiran kerajaan negeri.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular