Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 21 Julai 2012

Bob Lokman sedia jadi calon PRU



ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam.

“Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan,” katanya semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu.

“Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular