Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Julai 2012

Safee tunggu lamaran kelab Thailand


Safee menyarungkan kasut kepada seorang kanak-kanak perempuan dari Rumah Anak Yatim Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, di Subang Jaya, semalam.





KUALA LUMPUR -  PENYERANG Harimau Malaya, Safee Sali yang kini berehat panjang daripada sebarang aksi Liga Super Indonesia (ISL) menanti tawaran kelab luar yang memerlukan khidmatnya sebagai pemain pinjaman.

Safee yang mengakui turut menerima tawaran dari sebuah kelab berpangkalan di Thailand, juga bersedia dipinjamkan ke manamana kelab di negara Asean, memandangkan ISL berkemungkinan bermula lewat sehingga awal tahun hadapan.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai tawaran tersebut.

“Sehingga hari ini, saya masih menunggu tawaran dari mana-mana kelab atau pasukan yang memerlukan khidmat saya dan berharap keputusan dapat dicapai sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Amat penting untuk saya beraksi sepanjang tempoh rehat ini bagi mengekalkan tahap kecergasan dan mencari semula rentak permainan selain sebagai persediaan menghadapi Piala AFF hujung tahun ini,” katanya selepas program Beli Pakaian Raya bersama anak-anak yatim Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, di Subang Jaya, semalam.

Pada program tersebut, Safee yang juga duta jenama Mister Potato, mengambil inisiatif membantu golongan kurang bernasib baik.

“Saya amat terharu dapat berkongsi saat-saat kegembiraan ini dan melakukan persediaan raya bersama-sama,” katanya yang akan kembali ke Jakarta untuk persediaan musim baru ISL Ogos nanti.

Mengulas mengenai perlawanan persahabatan menentang Manchester City, kelmarin, Safee akui jurang perbezaan terutama dari segi pengamalan dan teknikal amat berbeza.

“Ini merupakan pengalaman berguna buat pasukan, namun saya tetap berpuas hati kerana kami mampu memberi saingan sehingga ke wisel penamat,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular