Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Julai 2012

Simpan duit syiling berusia 165 tahun


Koleksi duit syiling lama yang dimiliki Mahfuzah.




TAMPIN – Seorang suri rumah mendakwa dirinya memiliki tujuh keping duit syiling lama berusia 165 tahun yang mana nilainya boleh mencecah jutaan ringgit sekiranya dilelong di pasaran Amerika Syarikat.

Dua dari tujuh syiling lama yang dimiliki mempunyai catatan tahun 1847 dan di syiling yang sama juga jelas tertera perkataan United State of America.

Manakala, ada beberapa syiling yang tertera tulisan Arab dan mempunyai lambang yang dikatakan sebagai bahtera Nabi Nuh AS.

Suri rumah berkenaan, Siti Mahfuzah Abu Mansor, 31, berkata, dia dan suaminya, Mohamad Hakim Maakid, 53, menyimpan duit syiling lama berkenaan sejak 10 tahun lalu yang mana syiling itu merupakan harta peninggalan keluarganya turun-temurun yang diwarisi daripada datuknya di Kampung Batang Nyamor, Rembau.

Menurutnya, dia terlalu sayang dengan syiling berkenaan kerana sudah lama menyimpannya seperti nyawa sendiri.

"Namun, kini saya dan suami berhasrat menjual beberapa syiling untuk dikongsi kepada penggemar pengumpul wang lama. “Malah, sekiranya pihak muzium ingin membeli syiling ini juga saya tidak keberatan kerana sememangnya ia  wajar dipamerkan di tempat lebih bersesuaian bagi tontonan peminat sejarah lama terutamanya peminat wang lama,” katanya ketika ditemui di kediamannya, dekat sini, semalam.

Katanya, individu atau organisasi yang berminat untuk membelinya diharap dapat membayarnya dengan nilai yang wajar sesuai dengan usia duit syiling berkenaan.

Sesiapa yang berminat untuk membeli boleh menghubungi suami saya menerusi talian 019-6732276," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular