Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 20 Julai 2012

Soo Wincci rakam album Melayu


KUALA LUMPUR - Selepas diiktiraf berbakat dalam memasak dengan berjaya tergolong dalam lima kelompok terbaik, penyandang gelaran Miss Malaysia/ World 2008/2009, Soo Wincci melangkah setapak lagi dengan mengetengahkan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Menyedari program masakan itu dapat memperkenalkannya kepada peminat Melayu, selebriti yang mesra disapa Wincci ini memanfaatkan peluang tersebut dengan melahirkan album sulung berbahasa Melayu khusus buat peminat-peminatnya.

“Sebenarnya, saya memang minat menyanyikan lagu berbahasa Melayu dan perancangan untuk menghasilkan album ini juga telah dirancang sejak setahun yang lalu.

“Tetapi atas sebab jadual dan komitmen lain, album ini terpaksa ditunda sehinggalah selepas saya selesai dengan program MasterChef. Saya gembira program tersebut berjaya membawa nama saya ke peringkat sekarang dan diterima di kalangan peminat Melayu,” katanya semasa majlis pra dengar albumnya yang berjudul Terus-Teranglah di Bangsar.

Menurut pemilik wajah bujur sirih ini, dia memang meminati bidang nyanyian dan pernah menghasilkan tiga album berbahasa Mandarin.

Malah, katanya juga, dia sering menyanyikan lagu bahasa Melayu dalam setiap undangan nyanyian yang diterima termasuklah lagu daripada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor.

“Sejak sekolah lagi saya sudah terdedah dengan lagu-lagu Melayu jadi minat menyanyikan lagu tersebut memang ada dalam diri saya.

“Malah, selepas menyertai Miss Malaysia juga saya memang berhasrat ingin menghasilkan album Melayu. Kini, saya gembira dengan bantuan Ajai dan Wake The Baby serta pihak pengurusan saya, Beyond Events Sdn Bhd, impian saya untuk menghasilkan album Melayu sudah terlaksana,” kata wanita berusia 27 tahun ini.

Mengambil judul album Terus-Teranglah sempena tajuk single pertamanya, Wincci melahirkan rasa gembira dapat berkolaborasi dengan penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow.



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular