Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 20 Julai 2012

Helikopter ahli korporat terhempas di muara Sungai Lingga





KUCHING - Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 dipercayai milik seorang ahli korporat tempatan dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman, pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama berkata berdasarkan laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pesawat tersebut yang dipandu juruterbang warga asing bersama tiga lagi penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada 8.57 pagi.

"Saya dimaklumkan oleh DCA, helikopter itu dalam perjalanan ke Nanga Merit, Kapit dari KIA dengan seorang juruterbang dan tiga penumpang," katanya di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata juruterbang tersebut diselamatkan sekumpulan nelayan selepas empat jam berenang di muara sungai tersebut dan seterusnya dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau.

Menurutnya gerakan mencari tiga lagi penumpang yang hilang masih diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular