Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 23 Julai 2012

Semua ingin balik ke Malaysia


MUHAMED AMAN (depan) sibuk menguruskan misi membawa pulang pelajar Malaysia di pejabat PPMS di Damsyik, Syria.





KUALA LUMPUR – Sekretariat Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) sedang berusaha untuk menguruskan dokumen perjalanan dan proses pemindahan 128 pelajar di Damsyik sebelum diserah kepada pihak Kedutaan Malaysia untuk urusan dengan pihak imigresen negara bergolak itu.

Menurut Ahli Jawatankuasa PPMS, Muhamed Aman Akil, 23, semua pelajar terbabit sudah menghantar pasport masing-masing untuk urusan mendapatkan visa keluar (exit visa) daripada kerajaan Syria.

“Terdapat dua atau tiga orang lagi pelajar yang sudah kita kenal pasti belum menghantar pasport mereka tetapi kita tahu mereka sama seperti yang lain ingin sangat pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Syria bergolak dengan perang saudara berikutan keengganan Presiden Bashar Al-Assad untuk meletakkan jawatan sehingga mendorong kumpulan pemberontak meneruskan perjuangan menentang askar-askar kerajaan sejak Mac tahun lalu.

Ketika ini semua pelajar wanita ditempatkan di satu kawasan dekat Rukmuddin, Damsyik manakala pelajar lelaki pula masih tinggal di rumah masing-masing di sekitar kawasan Mujtahid.

Kawasan tersebut berdekatan antara satu sama lain dan mereka boleh dihubungi dengan mudah.

Muhamed yang juga pelajar tahun dua di Ma’ahad Abu Nour berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tujuh pelajar lagi tidak akan pulang bersama-sama dengan semua 128 pelajar termasuk 10 orang ekspatriat yang berkhidmat di negara tersebut.

“Ada di antara mereka sedang menanti untuk mengambil peperiksaan ulangan dan selebihnya memang tidak mahu pulang kerana mereka sudah lama berhijrah ke sini,” ujar pelajar jurusan syariah dan Bahasa Arab itu.

Dia menjelaskan, kesemua pelajar sudah tidak sabar untuk pulang ke tanah air dan berharap tidak berdepan dengan halangan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular