Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 Julai 2012

Kahwin bawah umur: ‘Saya tak kisah pandangan umum’


Antara video perkahwinan Syafiq dan Yana dalam YouTube.


PEKAN -  Video majlis perkahwinan pengantin muda, Syafiq, 16 dan Yana, 14, yang dipaparkan di YouTube hingga menarik perhatian lebih setengah juta penonton mengejutkan ayah pengantin lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.

Man berharap, majlis perkahwinan anaknya itu tidak dijadikan isu kerana berkahwin pada usia muda seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam keluarganya.

“Hampir semua ahli keluarga kami, baik di sebelah keluarga saya mahupun isteri menamatkan zaman bujang masing-masing pada usia muda iaitu 14 hingga 19 tahun.

“Saya berkahwin pada usia 19 tahun dan sehingga kini rumah tangga saya bahagia tanpa sebarang masalah, ” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Kadi Daerah Kuantan, Ahmad Nizam Abdul Manan berkata, mustahil pasangan pengantin bawah umur itu boleh meneruskan pernikahan jika tidak mendapat kebenaran kerana Jaip melakukan pemeriksaan status dan umur pengantin sebelum meluluskan permohonan mereka untuk bernikah.

Beliau berkata, peruntukan mengenai pasangan bawah umur yang ingin berkahwin sudah termaktub mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhak menolak mana-mana permohonan untuk bernikah jika syarat utama itu tidak dipatuhi.

“Bagi individu bawah umur yang mahu berkahwin mereka perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum meneruskan permohonan untuk bernikah,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular