Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 29 Julai 2012

Habuan Seks: Profesor NUS ke mahkamah

Profesor Madya Tey Tsun Hang memberi kenyataan kepada media di luar Mahkamah Rendah semalam.


SINGAPURA - SEORANG profesor Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS) dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan rasuah melibatkan habuan daripada seorang bekas mahasiswa wanita sebagai ganjaran memberinya keputusan akademik yang baik.

Tey Tsun Hang, 41 tahun, yang juga merupakan seorang bekas hakim daerah di sini, menghadapi enam tuduhan.

Dia dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas mahasiswa NUS yang bernama Darinne Ko Wen Hui itu, sebanyak dua kali pada/atau 24 Julai dan 28 Julai 2010.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Tey memberikan Ko gred yang baik sebagai membalas habuan seks itu.

Tey juga dituduh menerima habuan berbentuk pena berjenama Mont Blanc yang berharga $740, dua kemeja yang ditempah tukang jahit berharga $236.20 dan sebuah iPod Touch bernilai $160 daripada Ko antara Mei dengan Jun 2010.

Ko juga dikatakan telah membayarkan bil Tey yang mencecah $1,278.60.

Tey merupakan seorang Profesor Madya yang mengajar di Fakulti Undang-Undang NUS.

Kertas pertuduhan Tey menunjukkan dia seorang warga Malaysia dan bertaraf penduduk tetap di sini.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $100,000 dan kesnya akan didengar lagi pada 3 Ogos ini.

Jika sabit kesalahan, Tey boleh dikenakan denda sehingga $100,000, penjara sehingga lima tahun atau kededuanya sekali bagi setiap kesalahan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular