Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 26 Julai 2012

Suami bakar rumah kerana isteri tak beri izin kahwin lagi






MUAR – Seorang ketua UMNO  cawangan di Lenga dekat sini didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana cuba membakar rumahnya sendiri selepas permintaan untuk berkahwin lagi pada 17 Julai lalu tidak dibenarkan isterinya.

Majistret Suzana Mokhtar memerintahkan Ithnin Misdani, 50, dari Kampung Sawah, Tulang Gajah, Lenga membayar denda berkenaan atau dipenjara sebulan apabila tertuduh mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Ithnin pada pukul 10.10 pagi 17 Julai lalu telah mengambil tong berisi petrol serta tong gas dan meletakkannya di ruang tengah rumah sambil mengugut untuk membakar rumah berkenaan di depan isterinya, Siti Musliha Selamat.

Tertuduh dikatakan bertindak demikian selepas berang apabila isteri pertamanya dikatakan tidak mengikuti kehendaknya untuk beristeri lain.

Berikutan itu, Ithnin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular