Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 23 April 2010

Gadis Indonesia dipaksa jadi pekerja seks di Limbang



JAKARTA: Seorang gadis warga Indonesia berusia 18 tahun mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa menjadi pekerja seks di Limbang, Sarawak, diselamatkan oleh pejabat Konsulat Jeneral Indonesia dan dikembalikan kepada keluarganya di sini, semalam.

Gadis itu, yang dijanjikan pekerjaan kononnya di pasar raya atau restoran di Malaysia dengan gaji lumayan RM5,000 sebulan oleh anggota sindiket penipuan dan dibawa ke Limbang pada September tahun lalu, sebaliknya dipaksa bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam dan harus melayani sekurang-kurangnya dua lelaki. "Tanggal 12 September saya tiba di kelab malam itu, malamnya langsung kena 'booking' (tempah).

"Kemudian sampai berturut-turut setiap hari," katanya dalam linangan air mata di pejabat Kementerian Luar Negeri dan di depan wartawan.

Bapa saudaranya, yang turut berada di pejabat itu, berkata dua agen mengaku orang Jakarta yang mengambil gadis itu untuk dihantar sebagai pekerja di Malaysia, kemudiannya disedari merupakan penipu yang turut memperdayakan ramai gadis lain.

Petugas pejabat Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching, Hendra Wirawan, yang telah mengambil dan menghantar mangsa hingga ke Jakarta memberitahu pemberita bahawa modus operandi kes seperti yang dialami gadis itu ialah menggunakan pola pindah tangan iaitu dijual dari satu tangan ke tangan lain.

"Perjalanan dari Jakarta menuju Entikong, Pontianak kemudian disambung perjalanan darat ke Tebedu. Di Tebedu, gadis ini sudah dijemput oleh ibu ayamnya.

"Dalam dokumen perjalanan, umur gadis itu dilebihkan tiga tahun agar dapat bekerja," katanya.

Hendra berkata mangsa juga dijerat dengan hutang kerana tidak perlu membayar untuk perjalanan ke Malaysia dan perlu menjelaskan perbelanjaan itu melalui potongan gaji selama berbulan-bulan.

Gadis itu mengaku belum menerima gaji karana masih berhutang RM2,000 untuk tambang perjalanan ke Limbang.

Pengarah Perlindungan Warga Negara Indonesia dan Badan Undang-undang Indonesia di Kementerian Luar, Teguh Martowardoyo, menasihatkan masyarakat supaya berwaspada dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang tidak mengenakan perbelanjaan perjalanan kerana itu merupakan satu perangkap.

Katanya sindiket penipuan turut menggunakan cara baru iaitu kahwin kontrak bagi melancarkan urusan imigresen mangsa mereka. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular