Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 23 April 2010

"Pegawai Majlis Bandaraya" DiBerkas

Tiga dari empat penjenayah terbabit yang diikat, semalam.



KUALA LUMPUR: Tampil lagak tidak ubah seperti pegawai penguat kuasa, namun lima lelaki yang menyamar kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) rupa-rupanya kumpulan geng samun yang cuba merompak sebuah kafe siber, pagi semalam.

Bagaimanapun, lakonan kurang meyakinkan lima suspek terbabit yang lengkap berpakaian seragam MBPJ berjaya dihidu sebelum suspek dibelasah orang ramai sejurus kumpulan itu cuba melarikan diri.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Zainal, 25, berkata, kumpulan lima lelaki yang menyamar pegawai penguatkuasa MBPJ itu muncul jam 7.30 pagi di kawasan kedai berhampiran Palm Spring, Kota Damansara.

Menurutnya, lima penjenayah terbabit berpura-pura kononnya mahu melakukan operasi dan serbuan terhadap kafe siber terbabit yang didakwa melakukan kesalahan mengikut undang-undang MBPJ.

“Suspek bergaduh dengan pemilik pusat siber itu sebelum suspek cuba melarikan diri dengan menaiki kereta. Namun, selepas dikejar lebih satu kilometer, kereta dinaiki suspek terbabas berhampiran pangsapuri di BU11, Bandar Utama di sini.

“Kesempatan itu diambil orang ramai untuk menahan penjenayah dan tindakan suspek yang enggan menyerah diri menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dibelasah,” katanya.

Menurutnya, suspek yang lengkap memakai pakaian seragam dan seluar biru berserta kasut hitam menyerupai kakitangan MBPJ diikat penduduk.

“Semua mereka yang juga warga tempatan diserahkan kepada anggota polis yang tiba ke lokasi kejadian tidak lama kemudian selepas dimaklumkan kejadian itu,’ katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular