Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 21 April 2010

Filem Animasi Malaysia: Upin dan Ipin ke pasaran India



KUCHING 22 April – Filem animasi Upin dan Ipin berjudul “Geng: Pengembaraan Bermula” yang dihasilkan Les’ Copaque Sdn. Bhd. akan mula ditayangkan di India Mei ini, selepas berjaya memasuki pasaran Indonesia baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Burhanuddin Mohd. Radzi berkata, kejayaan filem itu menempa nama di Indonesia menambahkan keyakinannya untuk meneroka pasaran besar yang lain seperti India.

Les’ Copaque, katanya, juga turut meletakkan negara Amerika Latin sebagai sasaran seterusnya.

"Sambutan di Indonesia adalah lebih tiga kali ganda berbanding di Malaysia dengan penonton di sana begitu meminati Upin dan Ipin termasuk sanggup berbaris panjang di panggung wayang bagi menonton filem berkenaan.

"Tayangan perdana “Geng: Pengembaraan Bermula” (di India) akan diadakan pada 14 Mei ini dan diikuti tayangan di 600 panggung wayang di negara berkenaan.

“Kerja mengalih bahasa filem berkenaan kepada 11 dialek di India telah dilakukan sejak tahun lalu dan ia telah siap sepenuhnya,” katanya.

"Jika Upin dan Ipin dapat diterima masyarakat di sana, kita akan meneruskan perancangan menembusi pasaran Amerika Latin dan proses alih bahasa kepada bahasa Sepanyol sedang dilakukan ketika ini di ibu pejabat kita di Shah Alam,” katanya ketika menghadiri Program Ikon Inspirasi: Upin dan Ipin, di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 di sini.

MSAM 2010 akan berlangsung di Padang Tempat Letak Kereta, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Sarawak sehingga 26 April hadapan. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular