Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 26 April 2010

Barang Kemas RM500,000 Dilarikan Melalui "Lorong Tikus"

seorang anggota forensik polis memeriksa ‘lorong tikus’.



KUALA LUMPUR: Cukup licik apabila sekumpulan penjenayah membina ‘lorong tikus’ di bahagian tangga dengan menebuk dinding sebelum melarikan peti besi mengandungi barang kemas dianggarkan bernilai hampir setengah juta dari sebuah kedai emas di Jalan Telawi, Bangsar di sini.

Bagi mengaburi mata orang ramai, kumpulan terbabit dikatakan menyamar sebagai pekerja pembinaan yang sedang mengubahsuai kedai bersebelahan bertujuan mengelakkan perbuatan mereka itu dikesan.

Selepas berjaya membina laluan berkenaan dan melarikan peti besi terbabit, kumpulan penjenayah itu turut melarikan cakera keras kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan segala perbuatan mereka.

Difahamkan, pemilik kedai emas terbabit hanya menyedari mengenai kehilangan barang kemas miliknya itu kira-kira jam 10 pagi, semalam ketika mahu memulakan perniagaan sebelum bergegas membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menurut sumber, barang kemas yang berada dalam peti besi yang dilarikan kumpulan terbabit dianggarkan bernilai hampir RM500,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata sebaik menerima laporan sekumpulan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal kita (polis) percaya kumpulan terbabit memecah masuk kedai emas itu pada hari Sabtu ataupun Ahad.

“Mereka menebuk dinding di bahagian tangga sebelum masuk ke premis berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, orang ramai mungkin tidak perasan mengenai perbuatan kumpulan terbabit kerana menyangkakan mereka adalah pihak yang dipertanggungjawabkan mengubah suai kedai bersebelahan premis berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular