Nuffnang Ads
SAJIAN KAMI
BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..
Ahad, 25 April 2010
Pemborong Beli Handphone Cap " Ayam" RM1,700
GOMBAK: Hasrat menghadiahkan telefon bimbit baru kepada isteri dan ibu mentua sebagai tanda kasih sayang tidak disambut gembira, malah melukakan hati seorang kontraktor yang tersedar dia ditipu Geng Sabah yang dikesan aktif melakukan penipuan menerusi penjualan telefon tiruan atau jenis cap ayam kepada mangsa.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, 36, berkata kegiatan penipuan licik terbabit berlaku ketika dia berhenti untuk mengisi minyak di stesen Petronas tidak jauh dari Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Karak, dekat sini.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, dia dihampiri seorang lelaki berusia awal 20-an yang menyapanya sambil menunjukkan telefon bimbit Nokia model N97.
“Lelaki terbabit menawarkan telefon itu pada harga RM600 berbanding harga pasaran mencecah RM1,500.
“Dia mendakwa memperoleh bekalan telefon itu daripada hasil rampasan Kastam Diraja Malaysia (KDRM),” katanya ketika ditemui di sini.
Menurut Nizam, dia membelek telefon bimbit berkenaan dan yakin ia model tulen berdasarkan keadaan luarannya selain turut berfungsi seakan-akan model asli.
“Selepas berunding dan tawar-menawar hampir 10 minit, lelaki terbabit bersetuju menjual telefon bimbit Nokia N97 dengan harga RM600 manakala model N95 dengan harga RM250.
“Saya yang tertarik harga ditawarkan itu bersetuju membeli dua N97 dan dan dua N95 dengan membayar tunai RM1,700,” katanya.
Menurutnya, dia berniat membeli empat telefon berkenaan untuk dihadiahkan kepada isteri dan ibu mentuanya.
“Lebih meyakinkan apabila selepas dibelek berulang kali, telefon bimbit terbabit mempunyai aplikasi dan paparan tidak ubah seperti telefon asli hingga menyebabkan saya sukar membezakan antara produk palsu dan tulen.
“Namun, selepas selesai membuat pembelian, saya singgah di sebuah kedai telekomunikasi di sebuah pasar raya besar di Gombak untuk memeriksa telefon itu,” katanya.
Nizam berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan pekerja kedai berkenaan empat telefon yang dibelinya itu tiruan dan mudah rosak.
“Malah telefon bimbit ‘tipu’ berkenaan tidak berfungsi seperti didakwa apabila aplikasi kamera, ‘bluetooth’ dan perisian lain termasuk WiFi tidak wujud,” katanya.
Menurutnya, dia yang berang berusaha menjejaki suspek, namun lelaki terbabit tiada di stesen minyak berkenaan.
“Dengan bantuan rakan saya merancang untuk memerangkap suspek dengan menghubungi telefon bimbitnya seolah-olah mahu membuat lebih banyak tempahan telefon palsu itu.
“Selepas beberapa hari mencuba, suspek membalas SMS saya dan bersetuju menjual telefon bimbit BlackBerry dan Nokia N97 dengan harga beberapa ratus saja,” katanya.
Nizam berkata, selepas rancangan diatur, dia bersama beberapa rakan berjumpa suspek di stesen minyak Petronas berhampiran Plaza Tol Gombak kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
“Sebaik melihat kelibat suspek, kami menangkapnya sebelum memaksa pemuda terbabit mendedahkan kegiatan dilakukan. Dia mengaku bekerja untuk seorang lelaki Sabah yang membekalkan telefon palsu terbabit.
“Suspek berasal dari Kelantan dan dikenali sebagai Raja itu mendakwa menerima upah lumayan bagi setiap telefon bimbit yang dijual kepada mangsa. Berikutan itu kami memaksanya memulangkan semula wang ditipu sebanyak RM1,700 jika tidak mahu diheret ke balai polis,” katanya yang sempat merakam wajah suspek yang menipunya.
Menurutnya, pemuda terbabit yang didesak menghubungi ‘bos’ yang melindunginya bagi meminta wang terbabit dihantar segera.
“Tidak sampai 15 minit kemudian seorang lelaki muncul membawa sampul kertas berisi wang sebelum menyerahkannya kepada kami. Sejurus itu kedua-dua lelaki terbabit meninggalkan lokasi.
“Mereka menyasar mangsa di kalangan pemandu kereta terutama yang berhenti mengisi minyak. Mereka sentiasa berpindah bagi mengelak jejak mereka dikesan,” katanya.
PENCARIAN DIBLOG INI
Arkib Blog
-
▼
2010
(3899)
-
▼
April
(355)
- Kekasih Gelap: Suami Tega Bunuh Kekasih Hati
- Nenek Bersama Cucu Tidur DiKandang Kambing
- " Cucu Pelesit" Samun Nenek 75
- Tidak Sempat Menikah - Suami Terlibat Nahas Jalanraya
- Gara-Gara Bercinta: Suami Tinggalkan Isteri bersa...
- AJI: Gaji Minimal Wartawan Rp 4,6 Juta
- RASUAH: Wangnya Untuk Kebajikan Untuk Tebus Dosa??
- Polis Bali Bertindak: film Cowboys in Paradise
- Amy search diperintah bayar ganti rugi RM18 ribu
- Wanita Melayu Malaysia Berjaya Tuntut Cerai Fasakh
- Kanak-kanak 16 Bulan Lemas Dalam Akuarium
- ROGOL GADIS INDONESIA: Lans Koperal Polis Dijel 1...
- HEBOH: Air Keramat Dari Ida Penanda Sakti ??
- Beban Hidup: Anak-Anak Ditinggalkan
- Pemuda Liwat Remaja 14 - Terancam Penjara 15 Tahun
- Inul Ke Hongkong Dan Malaysia April-Mei 2010
- MISKIN: Seorang Ayah Tega Gantung Diri
- Polis Malaysia Cari - Ibu Tinggalkan Anak
- Jumpa mayat lelaki dikerat tiga
- Doktor Pengedar Dadah Perolehi RM60,000 Sebulan
- Pekerja Wanita Indonesia Didera - Tanpa Gaji Selam...
- Lagi Rakyat Malaysia Seluduk Dadah ke Indonesia
- Malaysia Diantara Menghadiri Forum Komunikasi Kesi...
- Penculik Minta Wang Tebusan Rp50 juta
- 261 Pengidap HIV/AIDS Ada di Medan
- RASUAH: Menteri Kewangan Indonesia Disiasat
- 15 Polis Disiasat - 6 Tahanan Lepas Lari
- Gagal Ujian Nasional - Pelajar Wanita Bunuh Diri
- Meriah Tari "Alahai Sayang" di Malaysia
- SKMM tutup 81 laman web lucah
- KTM: Sediakan Koc Khas Untuk Wanita
- Ibu Ghaib: Dua Anak Kecil Tanpa Makan 3 Hari
- Hakim diarah pindah ke KL
- Pak Arab Kikis Wang Janda Malaysia RM93,000
- Anak Berpangkat Tinggi - Ayah Di Herdik
- Berkhalwat Dengan Wanita Kawan Isterinya
- Naik Kereta: Pelajar Wanita Diculik ??
- Loji Skudai Berhenti Jual Air pada Singapura tahun...
- Azizulhasni, Nicol Olahragawan, Olahragawati Keban...
- Mayat Bugil: Kain Kapan Dicuri
- Video Lucah Ditayang Bebas di Brastagi
- Teh Hitam: Pembunuh Virus Dalam Mulut
- PBB: Malaysia Muncul " Negara Tua "
- Azean Irdawaty: Mendengar Kes Khaeryll Benjamin
- HEBOH: "Cowboys in Paradise" Di Youtube
- Penahanan Misbakhun Menggelikan
- Barang Kemas RM500,000 Dilarikan Melalui "Lorong T...
- Pelajar: Pandu Kereta Lari Dari Polis Ditembak
- 3 Isteri: Hakim Ditamatkan Perkhidmatan
- Kes tembak remaja: 4 peronda polis ditukarkan sert...
- Bekas anggota tentera didakwa tipu lelaki RM54,750
- TKW Baru Pulang Dari Malaysia Dibunuh Suaminya.
- DATANG LAMBAT: Pelajar Disering Teliga 390 kali
- Sepuluh Perempuan Hebat Di Indonesia
- Budak 9 tahun ugut penguat kuasa AADK
- Pemborong Beli Handphone Cap " Ayam" RM1,700
- Menghafaz Al-Quran Terbaik Peringkat Kebangsaan
- Jumlah pelanggaran syariat Islam tinggi
- PRK HULU SELANGOR: P. Kamalanathan Mendapat Major...
- Hampir 100 Persen Siswa SMA Jakarta Lulus UN
- 2 Jenazah TKI di Malaysia Dites DNA
- H1N1: Satu lagi kematian melibatkan lelaki 63 tahun
- Kuala Lumpur: catat 52 kematian akibat denggi
- AKIBAT NIKAH SIRI: Guru Wanita Tega Buang Bayi K...
- DI MEDAN PULA: Hampir 10 Ribu Pelajar Gagal UN
- Bunuh Sepupu: Gara-Gara Gagal Memperkosa
- 2 Juta Rakyat Indonesia Mandul ??
- KERANA KEKASIH: Gadis Bertudung Sanggup Jual Maruah
- PRK HULU SELANGOR: Proses Membuang Undi Bermula
- 16.337 Murid Jawa Timur Tak Lulus UN
- Ibu Jual Anak Seharga 900 Ribu
- Pembuat kek mati dipercayai dibunuh suami
- Aishah Keturunan Mahsuri Berkahwin
- Filem Dokumenteri: Gigolo Bali Beredar di Internet??
- Karena Buku: Rebecca Memeluk Islam
- Cubaan Perkosaan: Leher Gadis Dicantas Dengan Sen...
- Malu Cinta Ditolak: Pelajar Lelaki Tingkatan 2 Cu...
- Lelaki 64, Cabul Gabis Bawah Umur
- SUAMI BERMADU: Isteri Punyai 2 Suami
- "Pegawai Majlis Bandaraya" DiBerkas
- Spesies Baru, Siput ‘Panah Asmara’
- Nenek Nyaris Diperkosa Seorang Kakek
- Gangguan khidmat internet dijangka esok
- Mau Jadi Polisi? Jangan Perbesar Penis
- Gadis Indonesia dipaksa jadi pekerja seks di Limbang
- Pelajar Cuba Bunuh Diri
- Wanita: Keluar Wang RM4,400 Guna Kad ATM Orang...
- Demonstrasi: Di Pejabat Kedutaan Malaysia Di Ind...
- Kumpulan Pengirim SMS "Kaya" DiBerkas Di Indonesia
- ROGOL BERSIRI: Pelakunya Menuntut Ilmu Hitam
- Pesta Teh Tarik Dan Nasi Lemak 1Malaysia
- KERANA KEKASIH: Isteri Dipukul, Dibelasah, Didera
- 6 Penjenayah Bolos Dari Lokap Tahanan
- Foto-foto Amuk Buruh di Batam
- Kartika tamat jalani khidmat sosial tiga minggu ha...
- "Gile"... Orang Utan Malaysia Lebih Populer
- Mahkamah Bebaskan 5 pelajar pondok pakai serban
- Filem Animasi Malaysia: Upin dan Ipin ke pasaran ...
- Hari Ini Ada 13 Demo di Jakarta
- Lagi TKW Dianiaya di Malaysia ??
-
▼
April
(355)
Pengikut
Ads
Catatan Popular
-
JAKARTA - Angka 13 kerap kali dikaitkan dengan sebuah kesialan. Paling tidak itu yang dialami seorang siswi SMK. Dirinya diperkosa 13 pe...
-
Foto ini beredaran di internet. JAKARTA - Beberapa waktu lalu, pedangdut Siti Badriah diterpa isu foto syur. Foto bugil wanita mirip ...
-
LAMPUNG - Perbuatan tidak senonoh semacam ini patut dijadikan pembelajaran penting bagi orangtua dan guru di sekolah. Bagaimana tidak,...
-
INDRALAYA - Sum saat ditemui wartawan di SPK Polres OI mengaku sebelum digerebek warga, malam itu memang melakukan hubungan badan satu kali...
-
JAKARTA - Penampilan Anang dan Ashanty di Dahsyat, Minggu (8-1) kemarin menjadi bahan perbincangan di dunia maya. Pasalnya, pakaian yang di...
-
JAKARTA - Model dan aktris Baby Margaretha mengaku diintai kamera saat buang air kecil di toilet sebuah restoran. Tapi Baby tahu siapa pe...
-
SAMPIT, (Kalteng) - Pemain video syur berdurasi 3 menit 59 detik terungkap. sang wanita memang benar siswa SMAN 1 Sampit dan telah dilkelu...
-
PEKALONGAN - Sepasang pelajar SMA di Pekalongan, Jawa Tengah tertangkap basah tengah berbuat mesum didalam bilik warnet. Petugas yang meng...
-
MANOKWARI - Jaksa Penuntut Umum (JPU),Lan Woretma,SH menuntut terdakwa bersial M (14 tahun) selama 3 tahun penjara dan denda Rp 30 juta sub...
-
MEDAN - Akhir pekan kemarin, warga Kota Medan digegerkan beredarnya foto mesum mirip seorang oknum Pegawai Negeri Sipil (PNS) yang dise...