Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 23 April 2010

Wanita: Keluar Wang RM4,400 Guna Kad ATM Orang Lain




PETALING JAYA 23 April - Gara-gara menjumpai dan menggunakan kad ATM milik orang lain, seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana membuat enam pengeluaran melalui mesin ATM berjumlah RM4,400 tanpa kebenaran pemiliknya tahun lepas.

Tertuduh, Peggy Liew, 30, pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi mengaku tidak bersalah hari ini atas enam pertuduhan mengeluarkan wang milik Lee Cheng Yee dari mesin ATM Bank Simpanan Nasional, Maybank dan Bank Islam di sekitar Petaling Jaya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 8 Oktober 2009 hingga 11 Oktober 2009.

Peggy didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM150,000.

Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah memohon jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Peggy yang tidak diwakili peguam merayu agar wang jaminan itu dikurangkan kerana bapanya yang tidak bekerja, tidak mampu membayar jaminan yang tinggi.

Majistret Ho Kwong Chin kemudiannya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jun depan untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular