Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 21 April 2010

Bangun Lewat - Pelajar Dibuang Sekolah



KUALA TERENGGANU: Malang datang bertimpa buat Engku Noor Wahidah Engku Anuar, 17, hanya kerana dia terlewat bangun tidur, seterusnya terlewat ke sekolah, Selasa lalu.

Pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar raya ini tidak menduga kelewatannya tiba di sekolah pada hari berkenaan bakal menyusahkan hidupnya sekeluarga.

“Cuma kerana lewat 15 minit, saya dihalau pulang. Ayah pula dipukul sehingga patah tulang rahang dan dirawat di hospital dua hari sebelum ditahan polis selama tiga hari.

“Lebih menyedihkan beberapa hari lalu saya menerima surat rasmi sekolah menyatakan saya dibuang sekolah berkuat kuasa 18 April lalu,” dakwa pelajar aliran sastera itu yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhir tahun ini.

Kesal nasib menimpa diri dan keluarganya, Engku Noor Wahidah menceritakan kembali kejadian hitam yang bermula dengan herdikan sebelum dihalau pulang dari sekolah oleh guru disiplinnya.

“Alasan terlewat bangun tidur tidak dipedulikan cikgu wanita berkenaan yang memarahi saya sebelum dia menghalau saya pulang sebagai hukuman kerana datang lewat.

“Ayah pula tak puas hati dengan tindakan cikgu berkenaan dan membawa saya ke sekolah untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Desa Putra, Manir, semalam.

Ayahnya, Engku Anuar Engku Abdullah, 45, yang masih sukar mengunyah makanan akibat patah rahang berkata, usahanya berbincang dengan guru disiplin dan pengetua sekolah berkenaan tidak kesampaian.

“Saya tak dapat bertemu pengetua dan cikgu wanita berkenaan pula menunjukkan sikap acuh tak acuh sambil mendesak saya dan Wahidah meninggalkan sekolah.

“Dalam keadaan saya memintanya mengatur pertemuan dengan pengetua, tangan saya secara tidak sengaja tersentuh kepalanya dan itu yang mengeruhkan lagi keadaan,” katanya yang tidak menyangka guru berkenaan menelefon suaminya untuk masuk campur.

Menurut Engku Anuar yang bekerja sebagai nelayan di Chendering, dekat sini, suami guru berkenaan bersama beberapa rakannya bergegas ke sekolah dan menunggunya di luar kawasan sekolah.

“Mereka menghampiri saya dan anak sambil bertanya apa yang saya sudah lakukan kepada cikgu berkenaan. Sebelum saya menjawab, seorang daripada mereka menumbuk muka saya sehingga saya terjatuh.

“Saya juga disepak sebaik rebah dan dalam keadaan kesakitan saya dikejarkan ke Pusat Kesihatan Manir berdekatan sekolah untuk mendapatkan rawatan awal,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular