Nuffnang Ads
SAJIAN KAMI
BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..
Rabu, 8 September 2010
Kumpulan Al Nadzir Sambut Aidilfitri lebih awal
KANGAR: Kumpulan Al Nadzir Awwalun mendakwa mereka menyambut Aidilfitri semalam, dua hari lebih awal berbanding umat Islam lain di negara ini berdasarkan perkiraan empat elemen utama iaitu air, udara, api dan angin selain anak bulan Syawal kononnya sudah kelihatan, malam kelmarin.
Seorang ahli jemaah dikenali Abang Man ketika ditemui berkata, dia sudah mengikuti kumpulan itu sejak 1993 dan menyatakan semua yang dia lakukan mengikut hukum dan ajaran Islam.
“Anak bulan sudah keluar malam tadi (Selasa) dan Aidilfitri perlu segera disambut iaitu hari ini (Rabu),” katanya yang turut ditahan bersama lapan yang lain, termasuk dua wanita kerana disyaki menyambut Aidilfitri lebih awal daripada ditetapkan pemerintah di sebuah surau ahli kumpulan terbabit di Taman Pertiwi Indah, Seriab, dekat sini, semalam.
Kumpulan yang membabitkan penduduk tempatan itu ditahan ketika khusyuk mendengar khutbah Aidilfitri disampaikan ketua kumpulan terbabit yang berusia 51 tahun, kira-kira jam 8.30 pagi.
Serbuan dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) dan beberapa anggota polis menemui beberapa bungkusan kuih-muih, termasuk lemang dan ketupat dipercayai dibawa kumpulan terbabit untuk menyambut Aidilfitri.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Abdul Malik Hussin, berkata lima yang ditahan itu membabitkan anak-beranak iaitu ketua kumpulan bersama isteri, dua anak lelaki serta menantu mereka manakala empat lagi penduduk tempatan yang menjadi pengikut setia kumpulan terbabit.
Katanya, pihaknya yang mendapat maklumat awam bergegas ke tingkat atas bangunan bersebelahan pejabat cawangan baru News Straits Time Press (M) Bhd (NSTP) yang dijadikan surau serta markas ahli kumpulan jemaah terbabit.
“Mereka ditahan berusia 19 hingga 61 tahun. Ketika anggota penguat kuasa memasuki bangunan terbabit, ketua kumpulan memegang tongkat dan berdiri atas mimbar khas untuk membaca khutbah Aidilfitri kepada lapan jemaah lain.
“Teks khutbah yang dibaca pula dikeluarkan Majlis Agama Islam Perlis (Maips) keluaran 2000. Ini bermakna mereka baru selesai mengadakan solat Aidilfitri.
“Kumpulan terbabit menyambut Aidilfitri lebih awal ditetapkan pemerintah sedangkan umat Islam akan mengetahui tarikh sebenar perayaan dengan melihat anak bulan petang ini (semalam),” katanya ketika ditemui di pejabat Jaips, di sini, semalam.
Beliau berkata, semua ahli kumpulan dibawa ke pejabat Jaips untuk diambil keterangan dan akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 28, Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana menghina kuasa pemerintah.
Jika sabit kesalahan semua suspek boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Abdul Malik berkata, kumpulan jemaah diketuai seorang guru dari Indonesia itu bertapak di Perlis sejak 10 tahun lalu. Walaupun bilangannya kecil ia perlu dibanteras kerana boleh memesongkan akidah umat Islam.
“Mereka juga berpuasa dua hari lebih awal iaitu 9 Ogos lalu dan sudah membuat kiraan berdasarkan hukum akal, Aidilfitri perlu disambut hari ini (semalam),” katanya.
PENCARIAN DIBLOG INI
Arkib Blog
-
▼
2010
(3899)
-
▼
September
(276)
- Dipaksa Tenggak Air Seni, Istri No 5 Dibakar Suami
- Ditinggal Suami Kerja Selingkuhi Pemuda
- Dikubur Sebulan, Dibongkar Lagi
- Pengembara kaya pilih Malaysia
- Isteri Terkejut ..Ada Kekasih Suami Dalam Rumah
- Suara Jeritan Dalam Lif Yang Terjatuh
- Pegawai JPJ Disembah Acid
- PDRM sambut baik cadangan Majlis Peguam
- Tengku Fakhry dilucut gelaran
- Sultan Kelantan Tarik Gelaran Tengku Fakhry
- Antara Usaha Kekalkan Hubungan Baik Indonesia-Mala...
- Bunuh Adik Karena Sering Curi Beras
- Buaya Ini Punya Air Liur Keramat
- Tekanan ekonomi...suami bunuh isteri
- Rossa Tak Mau Nikah Diam-diam
- Darling didenda RM15,000
- Gara-Gara Gila Talak..Mengamuk Bekas Isteri Menikah
- Kes Bayi Tercekek Susu: 'Kami mahu keadilan'
- Pelajar Tingkatan Satu dakwa diliwat
- Wakil pendamai kes Zakiah Anas tidak hadir
- Susno Didakwa Korupsi Rp 500 Juta
- Wisma Bakrie Dilempari Telur Busuk
- Siasat klip video paderi hina Islam serta-merta
- Sambil Pegang HP, ABG Mesum di Kamar
- Berusaha Kabur, Tersangka Pembobol Rumah Ditembak
- Razia PSK di Sejumlah Losmen Ricuh
- Sidang Perdana Susno Dijaga Ketat
- Waspadalah, Penculik Mengintai Anak Anda!
- Pembunuhan kejam Jutawan: Ladang suspek ada banyak...
- Pembunuhan kejam Jutawan: Siasat ke akar umbi
- Kes Jutawan Malaysia: Lokasi baru diperiksa
- Rahsia pemalu Tun Dr. Mahathir
- Main kutu haram di Malaysia
- 'Kilang' cetak pasport diserbu
- Perebutan Warisan Berbuntut Pembongkaran Makam
- Korban Perkosaan Berantai Ketakutan Saat Bertemu P...
- Anwar buat dosa kering burukkan imej negara – TPM
- AG bimbang siasatan kes Sosilawati diperbesar-besa...
- Ngeten Istri Tetangga, Plak!
- Calon Istri Disetubuhi, Lalu Dibunuh
- Gadis Lesbi Akui Sering 'Berhubungan'
- Siswi SMP Diculik Guru dan Pacar Lesbian
- Kes Jutawan Malaysia: 'Saya tak mahu adik menangis'
- Malaysia Juara Badminton Super di Jepun
- Bapa ganas tiada belas kasihan
- Tak sempat lepas rindu
- Gadis mangsa pakar motivasi
- Songket RM15,000 ‘ghaib’
- Animasi Jepun paling bahaya ditonton kanak-kanak
- Pohon Pisang Membawa Petaka
- Wacana Tes Keperawanan Calon Siswa Dikritik
- Gara-gara Tuyul, Rumah Subeki Sesak
- Jika Jadi PM, Anwar Tindak Kekerasan TKI
- TKI di Malaysia Berkurang 300.000
- Artis dicekup di rumah janda
- Kes Pembunuhan Jutawan Dari India
- Suspek Utama Direman Lagi
- Kes Bunuh Jutawan: Polis temui tulang lagi
- Kes Bunuh Jutawan: Bomba pam air 2 lubang kubur
- Leher dikelar geng Mat Rempit
- Hati-hati Penipuan Kupon Undian Berhadiah!
- Pemberhentian Hendarman untuk Hindari Kegaduhan
- Kes Jutawan Malaysia: Lega anak urus niaga
- Kes pembunuhan Sosilawati: Lokasi mayat ditanam di...
- MoU Malaysia - Indonesia berhubung pembantu rumah
- Taska terlibat kemataian bayi diarah henti operasi
- 30 Ribu Penderita Gangguan Jiwa di Indonesia Masih...
- Warga Temanggung Dihebohkan Tuyul
- Usulan Pencabutan SKB Rumah Ibadah Dikecam
- Harta Airin Rp 111 Miliar
- Kes Majikan Dera Pembantu Rumah WNI
- Anak Sosilawati setuju keluarga saman suspek bunuh
- Kes Jutawan Malaysia: Sosilawati tidak dirogol
- 3 sahabat rentung bersama
- Bayi tiga bulan mati tercekik susu
- Hati kering: Wanita tunjuk isyarat lucah marah polis
- Ratusan Orang di Majalaya Keracunan
- Siswa SMP Diduga Setubuhi Empat Bocah
- Bocah Dua Tahun Merokok Setengah Bungkus Sehari
- Nelayan Malaysia Manfaatkan WNI
- Calon Istri Bawor Dinikahi Adiknya
- Tak terniat ambil kesempatan
- Tergamam lihat anak diseret
- Suara pembunuh dirakam
- Nafi kahwin ahli politik
- Rahayu di Bunuh Suaminya Sendiri..
- Dituduh Selingkuh, Suami Tega Bunuh Istri
- Demonstran Datangi Rumah Dubes Malaysia
- Wapres Tak Diagendakan Bertemu PM Malaysia
- Demo Depan Pejabat Kedutaan Malaysia
- 3 Pelajar Perak Hilang - Ditemui Di Pulau Pinang
- 'Saya tetap sayang dia'
- Leher tersepit meja lipat
- 'Arahan siasatan lanjut perkara biasa'
- Keluarga sorok wanita dinikah tanpa tauliah diserang
- Tengku Abdullah Ziarah Keluarga Pemandu Jutawan Ma...
- Takut Jadi Saksi, Nekat Gantung Diri
- Indonesia Tangguh Kirim TKI Ditiga Negara
- Keluarga Winfaidah Menanti Kabar
- Indonesia larang calon amah ke Malaysia
-
▼
September
(276)

