Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 28 September 2010

AG bimbang siasatan kes Sosilawati diperbesar-besarkan



PUTRAJAYA 28 Sept. – Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, diperbesar-besarkan.

Beliau berkata, terdapat banyak kenyataan yang dibuat pelbagai pihak dalam kes itu, dan media sepatutnya melaporkan hanya fakta tanpa sebarang penambahan kerana ia mungkin menjejaskan kes berkenaan.

"Saya fikir ikut sahaja nasihat KPN (Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar). Bertenanglah dan biarkan kami lakukan tugas kami.

"Saya rasa pada masa yang betul dan apabila siasatan telah selesai, mereka akan memberi satu kenyataan yang wajar serta mendedahkan segalanya. Ketika itu, tiada sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Abdul Gani ditanya sama ada beliau melihat campur tangan pelbagai pihak yang tampil membuat kenyataan berhubung kes itu, termasuk keluarga ahli perniagaan India, akan menjejaskan siasatan kes pembunuhan itu. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular