Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 September 2010

Taska terlibat kemataian bayi diarah henti operasi

MOHD. FAIRUZ (tengah) dan Haney Usmiza menunjukkan gambar Farisha kepada Muhd. Khairun (kanan) di rumah mereka di Putrajaya semalam.



KUALA LUMPUR:--- Dua buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), satu di Putrajaya dan satu lagi di Seremban yang menyebabkan berlaku kematian bayi semasa penjagaan mereka, telah diarah menghentikan operasi selama tiga hari.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah itu dibuat bagi membolehkan penyiasatan yang lebih terperinci dijalankan terhadap Taska berkenaan.

Isnin lalu, seorang bayi perempuan berusia tiga bulan Nur Azwa Safrina Khairul Anuar didapati mati ketika dalam buaian di sebuah Taska di Paroi, Seremban.

Pada Selasa lalu pula, seorang bayi perempuan juga berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz mati dikatakan akibat tercekik susu yang diberikan pengasuhnya di sebuah Taska di Presint 8, Putrajaya.

"Siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati kedua-dua Taska ini tidak berdaftar dengan JKM dan dengan itu JKM mempunyai kuasa untuk mendakwa kedua-dua Taska tersebut," kata Shahrizat dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika disabit kesalahan, pihak Taska terbabit boleh diambil tindakan undang-undang iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular