Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 30 September 2010

Antara Usaha Kekalkan Hubungan Baik Indonesia-Malaysia Melalui Berita Positif



KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) - Agensi berita nasional Indonesia, ANTARA, sentiasa berusaha mengekalkan hubungan baik kerajaan dan rakyat negara itu dengan Malaysia, melalui laporan berita yang positif dan tidak mengapi-apikan sentimen.

Ketua Pengarang ANTARA Saiful Hadi berkata para wartawannya diberikan arahan yang jelas dalam membuat laporan yang menyentuh hubungan dengan Malaysia dan berpegang kepada prinsip mengutamakan hubungan dua hala yang baik.

"Media massa di Indonesia, yang begitu banyak tumbuh selepas era Presiden Suharto mungkin harus mengutamakan 'rating' dan berita yang dapat menarik pembaca untuk terus hidup dalam persaingan sengit," katanya ketika berucap pada mesyuarat Ketua-ketua Biro Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata banyak laporan mengenai demonstrasi anti-Malaysia oleh kumpulan-kumpulan kecil yang berkepentingan tertentu, sebetulnya tidak disukai oleh rakyat Indonesia sendiri, malah penduduk Jakarta yang menjadi pusat demonstrasi itu juga sudah jemu dan cemuh melihat dan membacanya.

Dalam konteks itu, beliau percaya dan berharap wartawan di Malaysia tidak mudah terperangkap dengan gelagat kumpulan tidak popular itu sehingga tanpa disedari turut menari mengikut gendang yang mereka mainkan.

Pada perjumpaan dengan para wartawan kanan Bernama itu, Saiful Hadi turut mengesahkan bahawa kebanyakan pendemonstrasi di Jakarta adalah kumpulan yang dibayar oleh pihak berkepentingan yang mahu melihat hubungan Indonesia-Malaysia rosak.

"Bukan saja hubungan antara dua negara kita menjadi sasaran laporan sensasi, malah perselisihan dan pergaduhan antara kaum dan agama di daerah di Indonesia yang mengorbankan banyak nyawa juga mendapat liputan meluas, yang memanaskan keadaan," katanya.

Dalam usaha menonjolkan perasaan sebenar rakyat Indonesia terhadap Malaysia setiap kali timbul isu yang disensasikan media di sana, ANTARA akan mendapatkan dan melaporkan komen dan pandangan golongan rakyat yang menentang kumpulan kecil pendemonstrasi itu.

Antara lain, ANTARA pernah menyiarkan berita-berita yang memetik ketua-ketua adat Melayu di Sumatera yang masih kuat ikatan persaudaraan dengan rakyat Malaysia dan kelompok lain yang mahu hubungan baik tidak digugat, katanya ketika menjawab soalan.

Saiful Hadi yang juga Ketua Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia di Indonesia (ISWAMI) berkata melalui ISWAMI juga beliau berusaha memberikan penjelasan mengenai pentingnya hubungan dua hala yang baik dikekalkan untuk faedah bersama.

Beliau berkata hubungan langsung ANTARA dengan Bernama juga membolehkan ANTARA menyebarkan fakta yang tepat mengenai sesuatu kes seperti yang melibatkan penderaan pembantu rumah dan penanganannya serta pengadilan mengikut undang-undang Malaysia.

Sementara itu Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata para ketua biro Bernama dapat menimba banyak pengalaman ANTARA yang begitu luas dalam usia penubuhannya yang kini sudah lebih 70 tahun, termasuk dalam mengendalikan isu sensitif hubungan kaum dan agama.

"Hakikat bahawa ANTARA merupakan agensi berita yang dikagumi banyak negara dan baik pula hubungannya dengan kerajaan dan kepimpinan Indonesia boleh kita pelajari dan contohi," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular