Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 24 September 2010

Kes Jutawan Malaysia: Sosilawati tidak dirogol

Suspek utama sekali lagi dibawa ke pejabat guamannya, semalam.


KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali.

“Pihak polis ingin menegaskan laporan media yang mengatakan kemungkinan Sosilawati dirogol tidak benar. Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah untuk pemeriksaan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sebelum dibenarkan berjumpa peguam mereka.

“Selain daripada tujuan di atas, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon kepada pihak hospital oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kelapan-lapan suspek berkenaan,” katanya.

Beberapa akhbar (bukan Harian Metro) melaporkan pada Rabu lalu, semua lapan suspek terbabit dibawa ke HKL untuk diambil sampel darah dan air mani untuk menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi menyiasat maklumat terbaru kemungkinan Sosilawati dirogol.

Semua suspek dibawa ke tingkat satu, Bahagian Kecemasan dan Trauma HKL dengan kawalan ketat polis kira-kira jam 3 petang termasuk dua daripada mereka yang ditahan kerana disyaki memeras ugut isteri seorang saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India, yang dilaporkan hilang selepas berjumpa suspek utama pembunuhan Sosilawati atas urusan perniagaan, 18 Januari lalu.

Mengulas dakwaan suspek mereka tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, selain dipukul serta dipaksa menandatangani beberapa dokumen, Bakri meminta suspek membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular