Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 28 September 2010

'Kilang' cetak pasport diserbu



KUALA LUMPUR: Satu sindiket memproses dan menjual pasport antarabangsa palsu kepada warga India dan Indonesia dilumpuhkan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, di sini, dengan penahanan tiga lelaki warga India, petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang di sebuah kedai menjual minuman keras di Cheras, di sini, jabatan berkenaan turut merampas peralatan dipercayai digunakan tiga lelaki berusia 35 hingga 37 tahun untuk menjalankan kegiatannya.

Malah, mereka menyembunyikan pasport palsu terbabit di dalam sebuah beg pakaian bertujuan mengaburi mata pihak penguat kuasa.

Timbalan Pengarah Imigresen (I) Wilayah Persekutuan, Mohamed Yusoff Khan Mohamed Hassan, berkata turut ditemui laporan perubatan palsu bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan di negara ini. “Malah, 22 pasport dengan gambar individu lain, komputer, mesin pengimbas, beg dan pelbagai dokumen palsu lain turut ditemui,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Selain itu, pihaknya menemui komputer dipercayai mengandungi senarai pelanggan yang menunggu untuk mendapatkan pasport antarabangsa daripada tiga lelaki terbabit.

“Pasport terbabit dijual kepada rakan senegaranya dan rakyat Indonesia. Setiap satu dijual pada harga RM2,000,” katanya.

Yusoff berkata, tiga lelaki terbabit yang berada di negara ini sejak setahun lalu menggunakan pasport palsu berdasarkan keadaan pasport yang lusuh, tetapi ditampal dengan gambar baru.

Beliau berkata, pihaknya percaya mereka aktif sejak setahun lalu selepas menerima bayaran lumayan daripada warga asing yang berminat untuk bekerja di negara ini.

Katanya, pihaknya juga tidak menolak ada beberapa lagi individu lain yang dipercayai terbabit masih bebas.

“Kami percaya masih ada rangkaian sindiket terbabit yang bebas dan usaha memburu mereka kini giat dijalankan,” katanya. Ketiga-tiga lelaki warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 61C akta sama.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular