Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 September 2010

MoU Malaysia - Indonesia berhubung pembantu rumah


BUTTERWORTH:-- - Malaysia dan Indonesia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penghantaran pembantu rumah republik berkenaan ke negara ini dalam tempoh terdekat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, perbincangan berhubung MoU yang berkaitan isu penstrukturan kos seperti kos pengambilan dan membawa masuk pembantu rumah Indonesia sedang dibincangkan dan diperhalusi kedua-dua pihak.

"Selepas Indonesia membekukan penghantaran pembantu rumah ke negera ini, beberapa mesyuarat jawatankuasa bersama dijalankan antara kedua-dua negara bagi mencapai kata putus berhubung perkara berkenaan.

"Terbaru, bulan lepas, kita mengadakan mesyuarat bersama dan saya percaya MOU berkenaan akan ditandatangani dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Indonesia bertindak menghentikan penghantaran pembantu rumahnya ke Malaysia Jun lepas ekoran beberapa insiden penderaan pembantu rumah warga Indonesia selain ketiadaan faedah pekerjaan seperti gaji minimum dan hari rehat.

Terkini, portal berita Kompas.Com di Indonesia memetik kenyataan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi negara itu, Muhaimin Iskandar yang melarang rakyat negaranya datang bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Subramaniam berkata, kerajaan juga cuba mendapatkan pembantu rumah dari Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Sri Lanka dan India bagi memenuhi permintaan di negara ini. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular