Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 9 Disember 2011

3 Melayu S'pura antara yang serah borang

Cik Michelle Poh, 36 tahun, ahli muzik dan penyanyi profesional, menyerahkan borang pencalonan bagi NMP sekitar 3 petang di Bangunan Parlimen semalam.




SINGAPURA - TIGA anak Melayu telah menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan Anggota Parlimen Dilantik (NMP).

Pencalonan bagi NMP, yang harus dilakukan menerusi borang yang didapatkan di Bangunan Parlimen, ditutup pada 4.30 petang, semalam.

Antara mereka adalah pensyarah pendidikan alam sekitar, Cik Faizah Jamal, yang dicalonkan oleh Persatuan Alam Semula Jadi Singapura (NSS).

Dua lagi calon Melayu ialah mantan deejay radio, Encik Ellysutra Sulaiman, dan Eksekutif Penjualan dan Pemasaran syarikat Jumain Sataysfaction Pte Ltd, Encik Muhammad Dzul Azhan Haji Sabhan, yang kededuanya calon bebas.

Individu-individu yang dicalonkan terdiri daripada karyawan dalam tujuh bidang - perniagaan, pekerjaan, khidmat sosial, sivik, awam, media dan sukan.

Dihubungi semalam, Cik Faizah, pensyarah di Politeknik Republic, berkata sekiranya dilantik, beliau akan memberi tumpuan kepada isu-isu pemuliharaan sekitaran alam dan warisan.

Cik Faizah, seorang bekas peguam, merupakan penerima pertama biasiswa peringkat possiswazah yang dikeluarkan oleh Kumpulan Eropah (EC) untuk rakyat Asean atau digelar biasiswa Kumpulan Eropah- Asean pada 1992.

Beliau mempunyai sarjana Undang-Undang Alam Sekitar dari King's College, Universiti London, dan sarjana muda undang-undang dari Universiti Nasional Singapura (NUS).

'Saya akan berusaha menyarankan agar undang-undang dan pengawalaturan mengenai import dan eksport spesies binatang terancam diperketatkan.

'Saya juga akan berusaha agar terdapat lebih banyak perundingan, keterbukaan dan ketelusan dengan pihak berkuasa sebelum sebarang keputusan menyentuh alam sekitar dan warisan dilaksanakan,' ujarnya, anggota NSS sejak 1984 dan telah menyerahkan borang, Isnin lalu.

Ibu tunggal dua anak itu menambah beliau ingin meningkatkan kesedaran bahawa alam sekitar perlu dianggap sebagai warisan penting dan harus dipelihara.

Dua lagi calon bebas yang menyerahkan borang semalam ialah ahli muzik dan penyanyi, Cik Michelle Poh, serta ejen insurans, Cik Cathryn Chew.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular