Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Februari 2012

Gadis 20an, terbunuh ditolak dari tingkat 7 kondominium

Jenazah mangsa dibawa keluar dari bilik mayat HKL untuk dikebumi, semalam




KUALA LUMPUR - Kematian seorang wanita berusia 20-an yang pada mulanya disangka membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, awal pagi semalam, nyata berunsur jenayah selepas polis menemui kesan melecur pada badan mangsa.

Sikap rakan serumah mangsa yang hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu mengenai kesan melecur itu menimbulkan keraguan, sekali gus menyebabkan mereka ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, penahanan seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 22 dan 24 tahun itu dilakukan kerana siasatan awal mendapati ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari kediamannya. Sumber itu berkata, sebelum itu polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat aduan pada kira-kira jam 4.15 pagi semalam.

“Selepas memeriksa mayat mangsa, polis mendapati ada kesan lecur di badannya dipercayai akibat disimbah air panas. Berikutan itu Unit Forensik dipanggil ke lokasi kejadian untuk memeriksa kediaman mangsa.

“Hasil pemeriksaan, dirumuskan ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari balkoni rumahnya yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.

“Rentetan itu, polis menahan seorang lelaki dan dua wanita yang juga rakan serumah mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber itu berkata, hasil laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbukti kematian mangsa dalam kes ini disebabkan perbuatan jenayah dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular