Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Februari 2012

Jenazah Latiff Ibrahim Dikebumikan Hari Ini

RAKAN artis menziarahi jenazah Allahyarham Latiff Ibrahim di kediamannya, di Keramat, malam tadi. Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, jam 6.06 petang semalam, berikutan komplikasi jantung.



KUALA LUMPUR - PENYANYI dan pelakon popular era 70-an dan 80-an, Latiff Ibrahim, atau nama penuhnya Abdul Latiff Ibrahim, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 6.06 petang semalam, berikutan komplikasi jantung.

Kakak penyanyi itu, Sophia Ibrahim berkata, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman keluarganya di AU3, Keramat, pada malam tadi, manakala urusan pengebumian pula dijangka disempurnakan hari ini.

“Buat masa ini keluarga terdekat sedang menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke rumahnya. Jenazah berkemungkinan dikebumikan sebelum Zuhur esok (hari ini), namun lokasinya masih belum dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi.

Allahyarham yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari, IJN, sejak Sabtu lalu difahamkan terpaksa bergantung kepada mesin hayat dan menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, anak serta adik-beradiknya.

Beliau meninggalkan seorang balu, Masria Mahadan, 54, serta dua anak, Haznally, 32, dan Hazriq, 34.

Kali terakhir pelantun lagu Nora itu dimasukkan ke IJN adalah pada Disember lalu. Allahyarham yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung 12 tahun lalu turut menghidap kencing manis.

Ketika hayatnya, selain menyanyi Allahyarham membintangi 15 filem termasuklah Ribut Di Hujung Senja dan Senja Merah, manakala kemunculan terakhirnya di layar perak adalah menerusi filem 4 Madu arahan A Razak Mohaideen, dua tahun lalu. Antara kemunculan terakhirnya di pentas pula menerusi program Inilah... terbitan RTM pada Oktober 2011, selain teater muzikal yang pernah mengundang kontroversi, Terima Kasih Cinta, pada Februari tahun sama.

Mengimbas zaman kegemilangan anak seni kelahiran Jasin, Melaka itu, Allahyarham yang juga cucu kepada pelakon era 50-an, Aman Belon, memulakan kerjaya seni sebagai pelakon drama terbitan RTM bermula pada 1975.
Setahun kemudian beliau ‘terjun’ ke dunia layar perak buat kali pertama menerusi Hapuslah Airmatamu, arahan M Amin.

Antara drama lakonannya pula ialah Di sini Cemerlang Bintangku yang turut dibintangi arwah Mahmud June, selain Berenang Dalam Lumpur dan Panggung RTM, Anak Seluang Jauh Melukut.

Popularitinya semakin memuncak selepas filem pertama, hingga dijemput menjadi artis undangan dalam program Hiburan Minggu Ini (HMI) yang dihoskan arwah Normadiah.

Sejak memperdengarkan vokal emasnya dalam program hiburan itu selain kemampuan membawakan lagu Inggeris dan joget, artis seangkatan Datuk DJ Dave dan Hail Amir ini juga pernah diundang menjayakan konsert Anita Sarawak.

Bintangnya terus menyinar pada 1978 apabila ditawarkan bernaung di bawah label EMI dengan merakamkan album EP yang memuatkan empat lagu termasuk Mengharap Kasihmu dan Mengenang Dikau Kembali.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular