Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 5 Februari 2012

Khairul Fahmi dilanda kontroversi lagi


Fahmi <---------------> Nur Eilunie Natasha



KOTA BHARU- Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd menolak dakwaan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex perampas tunangan anak lelaki seorang usahawan terkenal di sini.

Pengarah Urusannya, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi berkata, tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar sama sekali kerana Apek tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gadis terbabit iaitu Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey.

Menurutnya, tuduhan tersebut adalah salah faham dan Apex tidak ada kaitan dengan isu putus tunang antara Leuniey dan pasangannya, malah Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apex.

“Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini,” katanya dipetik dari portal detikperubahan.com di sini, semalam.

Mohd Irwan Azni yang juga kontraktor rumah Apex merupakan bapa saudara kepada Leuniey mengakui hubungan rapatnya dengan penjaga gawang terbaik Asia itu, namun menafikan anak saudaranya itu menjalinkan hubungan cinta dengannya.

Mengulas kontroversi itu, Mohd Irwan Azni berkata, ia bermula apabila beliau membawa Apex ke rumah Leuniey untuk mengambil anaknya, Disember lalu.

“Saya hantar anak ke rumah abang ipar, dan sewaktu mengambilnya saya bawa Apex bersama, anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang bergambar dengan Apex, sebelum gambar berkenaan dimuat turun dalam Facebook yang seterusnya mencetuskan pelbagai kontroversi sehingga hari ini,” katanya.

Menurutnya, ketika gambar itu diambil Leuniey tidak ada di rumah kerana keluar mengandam (make-up) pengantin, dan kami hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah ketika hendak pulang.

Mohd Irwan Azni berkata, kontroversi berkenaan semakin panas apabila abang iparnya, Nazri, yang juga ayah Leuniey, dipanggil ke rumah Apek untuk membincangkan urusan perniagaan kerana Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Apex.

“Kunjungan Nazri itu disalah ertikan pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu hujung pangkalnya,” katanya yang terus menegaskan soal hubungan Apex dengan Leuniey tidak timbul kerana mereka berdua tidak pernah bercakap atau keluar bersama.

Beliau berkata, tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apex selama ini, dan harap isu berkenaan akan menjatuhkan pemain bola sepak berkenaan.

“Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan, bagaimanapun saya berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah itu segera menghentikannya sebelum sebarang tindakan diambil bagi menangani masalah ini,”
katanya yang mengakui keakrabannya bukan sahaja dengan Apek tetapi juga ahli keluarga ikon sukan negara itu.

Menurutnya, beliau kesal dengan berita ini kerana keluarga abang iparnya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apek, dan hanya berhubung disebabkan urusan kerja.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular