Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 18 Februari 2012

Lisa Surihani lalui upacara mandi bunga



KUALA LUMPUR - Berbaki tiga hari lagi bergelar dara, pelakon Lisa Surihani masih mengamalkan pantang larang ‘darah manis’ apabila tidak bertemu bakal suaminya, Yusri KRU sejak selesai penggambaran filem gandingan bersama, Ular, 10 Februari lalu.

Lisa, 25, bakal diijabkabulkan dengan Yusry, 38, Khamis ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, selepas setahun berkenalan.

Majlis resepsi pula akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini.

“Kali terakhir saya menemui Yusry dua minggu lalu, itu pun atas urusan kerja. Pertemuan itu bukan sekadar suka-suka nak ‘dating’, malah kami juga tidak keluar berdua-duaan.

“Namun apabila menyentuh bab urusan perkahwinan, kami berdua lebih senang berhubung menerusi telefon. Syukur, Yusry sangat memahami keadaan itu.

“Mengenai persiapan majlis pernikahan dan resepsi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disempurnakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dengan nada ceria, Lisa berkata, dia baru selesai mengikuti upacara mandi bunga dan berinai bersama sepupu rapat serta teman baiknya.

“Esok (hari ini), saya akan ke rumah nenek di Petaling Jaya bagi majlis khatam al-Quran yang dijangka bermula selepas solat Maghrib.

“Semua barang hantaran saya yang pilih sendiri, begitu juga di pihak Yusry. Namun minta maaf, saya tidak boleh beritahu apa yang dibeli kerana ia kejutan khas buat Yusry,” katanya yang memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Mengulas warna tema bagi majlis pernikahan, Lisa berkata, Yusry pernah meminta pandangannya dan dia mengakui lebih selesa jika persalinan berwarna bersih iaitu putih, sekali gus melambangkan kesucian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular