Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 13 Mei 2012

Belajar masak juadah sihat sempena Hari Ibu

 Profesor Madya Fatimah (tengah) memotong kek sempena meraikan Hari Ibu bersama-sama para peserta acara 'Hari Masakan Menyihatkan dan Diet sihat' di CC Geylang Serai, semalam.


SINGAPURA - MERAIKAN Hari Ibu dengan menyertai sesi bengkel memasak hidangan yang menyihatkan dan mendapatkan panduan cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.

Itulah yang dilakukan seramai 200 peserta dalam acara Hari Masakan Menyihatkan dan Diet Sihat di Kelab Masyarakat (CC) Geylang Serai, semalam.

Acara anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) CC Geylang Serai dengan kerjasama Divisyen Gaya Hidup dan Kemahiran Hidup (2LD) Persatuan Rakyat (PA) itu bertujuan menggalak kaum ibu agar mengamalkan diet dan gaya hidup sihat serta menyediakan hidangan sihat untuk keluarga mereka.

Antara lain, para peserta mempelajari cara memasak dua resipi iaitu salad pasta ayam dan nasi perang goreng tutti frutti daripada Chef Tania Aris yang berpengalaman dalam bidang masakan selama lebih dua dekad.

Para peserta juga diberi peluang menjamah hidangan yang disediakan Chef Tania selain menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah-hadiah menarik.

Mereka juga mendengar ceramah tentang panduan mengamalkan diet sihat oleh tamu terhormat acara itu, Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Profesor Madya Fatimah Lateef.

Sempena Hari Ibu yang disambut hari ini, acara memotong kek diadakan sebagai menutup majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Profesor Madya Fatimah menggesa masyarakat Melayu/Islam agar membuat perubahan dalam cara pemakanan mereka sebelum terlewat.

Ini lebih-lebih lagi kerana Tinjauan Kesihatan Nasional (NHS) 2010 menunjukkan kaum Melayu membentuk peratusan tertinggi penghidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi dan kegemukan berbanding kaum lain.

Bahkan tinjauan tersebut juga menunjukkan warga Melayu mengambil lebih banyak kalori berbanding kaum etnik lain.

'Cara pemakanan dan gaya hidup kita ada kena mengena dengan masa hadapan kita, anak anak-kita dan generasi yang akan datang.

'Apa yang kita lakukan dan praktikkan sekarang adalah pelaburan untuk kesihatan kita dan keluarga.

'Kalau kita sendiri tidak menjaga kesihatan kita, siapa yang akan mengambil alih tugas yang penting ini?' kata Profesor Madya Fatimah.

Beliau turut menggesa masyarakat Melayu agar mengamalkan pemakanan seimbang, memilih makanan berserat tinggi seperti beras ceruh (brown rice) serta makanan yang kurang garam dan tidak diproses.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular