Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 12 Mei 2012

'Bermadu' tinggal serumah

 .Jainah dan Minah menghabiskan sisa hidup bersama. 




BATU PAHAT - Walaupun suami mereka sudah enam tahun meninggal dunia, dua wanita warga emas yang hidup bermadu tetap selesa tinggal sebumbung di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Muhibbah, Jalan Peserai Lama, di sini.

Keikhlasan dua wanita itu membuktikan persefahaman utuh antara mereka yang terjalin sejak puluhan tahun lalu ketika tinggal bersebelahan di rumah panjang tanpa bilik di Batu 3, Tanjung Labuh, dekat sini, ketika suami masih hidup.

Berbekalkan beberapa petua, kedua-dua madu itu bukan saja mengelak perselisihan faham, malah hidup bahagia sejak berkahwin walaupun dihimpit kemiskinan.

Jainah Diso, 61, isteri pertama arwah Abdul Aziz Asot berkata, arwah suami berpesan supaya mereka saling menjaga diri masing-masing dan hidup bersama tanpa mengira keadaan susah atau senang.

Menurutnya, sejak arwah suami memberitahu hasrat berkahwin dengan seorang wanita dari Minyak Beku, di sini, pada pertengahan 1980-an, dia menerima berita itu dengan reda.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular