Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 14 Mei 2012

'Cerpen S'pura' bantu pelajar hayati bahasa Melayu

 Cik Hana sering menghasilkan sendiri bahan mengajar bagi kegunaan guru-guru dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dengan dibantu oleh suaminya, Encik Rudin Mohd.




SINGAPUYRA - LEBIH 13 tahun lalu, Cik Hana Mohd sering menghasilkan kertas latihan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi anak-anaknya yang masih bersekolah.

Ibu tiga anak itu terpaksa melakukan demikian kerana pada waktu itu tidak banyak buku penilaian bahasa Melayu dijual di kedai-kedai buku di Singapura.

Tidak lama kemudian, Cik Hana, 46 tahun, memulakan perniagaan membekalkan buku-buku tersebut yang dibeli dari Malaysia kepada guru-guru di sini.

Baru-baru ini pula, bekas guru yang berasal dari Pulau Pinang itu melangkah setapak dengan menghasilkan bukan satu tapi tiga antologi cerpen dalam bahasa Melayu khas bagi para pelajar.

Buku-buku tersebut - Abangku Askar, Masih Ada Yang Sayang dan Demi Papan Luncur - memuatkan 24 cerpen yang berlatarkan suasana semasa dan berkontekskan Singapura.

Ia dikhususkan bagi bacaan pelajar berusia dari 10 tahun hingga 12 tahun dan setiap buku mengandungi satu cerpen yang berkaitan dengan bahan bacaan dalam buku teks bahasa Melayu yang digunakan di sekolah.

Ia ditulis menggunakan bahasa yang mudah difahami dan disertai perkataan berbunga dan peribahasa yang dapat memperkayakan pengalaman pembaca.

Beberapa perkataan mencabar juga ditaburkan dalam cerpen-cerpen itu dan maknanya disertakan dalam senarai kosa kata di akhir setiap cerpen.

Ketika ditanya mengapa beliau menghasilkan buku-buku itu memandangkan banyak cerpen kanak-kanak boleh didapati dari Malaysia, pemilik kedai buku Alam Cahaya yang terletak di Geylang East Avenue 3 itu berkata:

'Ramai guru yang melanggani kedai buku saya memberi maklum balas bahawa pelajar mereka tidak gemar membaca buku-buku yang berkontekskan Malaysia.

'Buku-buku itu banyak menceritakan mengenai kehidupan di kampung, sungai, sawah padi dan sebagainya.

'Pelajar di Singapura tidak memahami keadaan itu. Jadi saya fikir mengapa tidak saya hasilkan buku cerita yang berkontekskan Singapura? Jika pelajar faham apa yang dibaca, minat mereka untuk membaca akan lebih terangsang lagi,' jelas Cik Hana.

Beliau, yang mengambil masa sembilan bulan bagi menghasilkan buku-buku itu juga sedang dalam proses menghasilkan lembaran kerja yang boleh digunakan guru-guru di sekolah bagi menguji penguasaan bahasa Melayu pelajar berdasarkan cerpen-cerpen itu.

Setiap naskhah buku dijual pada harga $10 dan boleh didapati di kedai buku Alam Cahaya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular