Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 15 Mei 2012

Kadar inflasi S'pura dijangka kekal 5%

 Menurut Encik Lim Hng Khiang, oleh kerana majoriti warga Singapura memiliki rumah dan tidak membeli kereta baru tahun ini, mereka tidak akan merasakan kadar tinggi inflasi, yang lebih disebabkan oleh kenaikan harga COE dan kadar sewa.





SINGAPURA - INDEKS Harga Pengguna (CPI) yang mencapai 5.2 peratus Mac lalu dijangka kekal sekitar 5 peratus dalam tempoh beberapa bulan ini, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Lim Hng Kiang, di Parlimen semalam.

'Kecuali berlaku kejutan luar, kami menjangkakan kadar inflasi mula berkurangan dalam enam bulan kedua tahun ini, lantas membawa kadar inflasi CPI kepada 3.5 hingga 4.5 peratus tahun ini,' kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata sebelum ini kadar 5.2 peratus CPI adalah tinggi.

Namun, beliau menegaskan bahawa hampir separuh CPI itu disebabkan oleh harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) dan kesan kadar sewa tinggi.

Menjelaskan lebih lanjut semalam, Encik Lim berkata oleh kerana majoriti warga Singapura telah pun memiliki rumah mereka dan tidak membeli kereta baru tahun ini, mereka tidak akan merasakan kenaikan tinggi itu.

Beliau menegaskan bahawa pemerintah komited dalam memastikan kadar inflasi dapat ditangani.

Mengenai langkah memantau harga makanan selain kadar sewa gerai dan hartanah industri, Encik Lim berkata: 'Mengenai harga makanan, Singapura mempunyai pelbagai bekalan makanan.

'Secara purata, kadar inflasi 3 peratus bagi makanan lebih tinggi berbanding pengalaman biasa. Namun, kita perlu menangani keadaan yang lebih mencabar pada 2008 dan berjaya menanganinya. Hari ini keadaan tidak seburuk 2008.'

Beliau menjelaskan pada 2008, harga makanan melonjak 8 peratus setelah keadaan cuaca buruk menyebabkan kekurangan bekalan makanan sejagat.

Harga beras sekarang agak mantap $700 setiap tan metrik tahun ini berbanding $1,300 setiap tan metrik pada 2008.

Encik Lim berkata tahun lalu harga makanan juga meningkat 3.1 peratus. Sebagai perbandingan, ia kekal di bawah 3 peratus pada Februari dan Mac lalu.

Mengenai kadar sewa bagi hartanah pula, baik hartanah perumahan mahupun komersial atau industri, Encik Lim berkata pendekatan pemerintah ialah 'menanganinya secara langsung' dengan menyesuaikan keterbatasan bekalan.

Beliau berkata secara purata sewa bagi hartanah komersial telah mula berkurangan dan pemerintah 'berharap pengurangan itu akan juga berlaku bagi sewa hartanah perumahan'.

Dalam pada itu, Encik Lim menolak saranan beberapa AP agar diturunkan bayaran perbekalan awam seperti air dan elektrik.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular