Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 12 Julai 2012

4,000 barangan elektronik dijual murah di Singapore Expo




SINGAPURA - HAMPIR 4,000 barangan elektronik berjenama ditawarkan pada harga istimewa dalam Bazar Makanan dan Barangan Elektronik 2012 bermula esok.

Bazar yang diadakan di Dewan 5, Singapore Expo, itu dibuka dari 11 pagi hingga 9 malam dan akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Daripada peralatan canggih seperti iPad, komputer riba kecil atau netbook, sistem suara, alat perakam video kepada mesin pembasuh terkini, semua jenis alat elektronik boleh dibeli secara langsung daripada pengeluarnya dalam bazar yang dipercayai antara jualan elektronik terbesar di Singapura.

Antara jenama yang boleh didapatkan dalam bazar tersebut ialah Canon, Nikon, Samsung, Olympus, Panasonic, Mitsubishi dan Toshiba.

Misalnya, pengunjung boleh mendapatkan tablet elektronik popular iPad pada harga $398, berbanding harga di pasaran iaitu sekitar $700.

Televisyen 40-inci JVC pula boleh dibeli pada harga $298, berbanding harga biasa $699.

Kamera digital Canon Ixus boleh diperolehi pada harga $98 sahaja, berbanding harga biasa $299.

Selain peralatan elektronik sedemikian, barangan elektronik rumah pun boleh dibeli di sana.

Contohnya, mesin pembasuh Samsung yang boleh menampung cucian seberat 7.5 kilogram boleh didapatkan pada harga $198, berbanding harga biasa $379, sementara peti sejuk dua pintu Panasonic berharga $178, berbanding harga biasa $459.

Bahkan, harga paling rendah yang perlu dibayar pengunjung bagi sesebuah alat dalam bazar itu adalah $58 sahaja.

Setiap hari, semua barangan elektronik akan dijual mengikut dasar siapa dahulu didahulukan.

Disebabkan setiap alat dijual pada harga yang begitu rendah, setiap pengunjung hanya dibenarkan membeli satu set bagi setiap alat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular