Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 12 Julai 2012

Hobi simpan koleksi video lucah bawa padah




KUALA TERENGGANU - Hobi bawa padah, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang pemandu lori yang memiliki tabiat buruk menyimpan pelbagai koleksi rakaman video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

Bagaimanapun, tabiat tidak bermoral bapa kepada seorang anak ini membawa padah apabila dikenakan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Azam Manap @ Awang, 32, dari Pekan Sari, Tepoh, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah.

Mohd Azam mengaku memiliki 13 rakaman video lucah yang disimpan di dalam telefon jenama Nokia model 7610 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi, 31 Julai  2008.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular