Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 11 Julai 2012

Brunei tarik 11 produk suplemen sukan




BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Kesihatan mengumumkan penarikan balik sebanyak 11 jenama produk makanan tambahan sukan (sport supplements) yang didapati mengandungi bahan DMAA atau 1,3-dimethylamylamine.

Produk-produk yang diarahkan ditarik balik itu adalah Noxpump, 3-D explosion, Beta-Cret, PreSurge, 1 MR, Cyroshock, Jack3D, Mesomorph, Neurocore, Oxyelite Powder dan Hemo Rage Black.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini berkata, arahan penarikan balik itu adalah berikutan maklumat yang diperoleh dari Rangkaian Keselamatan Makanan Antarabangsa (INFOSAN) yang mana telah menerima notifikasi dari Australia setelah negara itu membuat kajian makmal ke atas beberapa jenama produk makanan tambahan sukan dan mendapati DMAA.

Menurut kenyataan itu, bahan DMAA atau 1,3-dimethylamylamine boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti tinggi darah, pening dan muntah, pendarahan otak, strok dan kematian.

Sebahagian dari produk-produk berkenaan adalah keluaran negara Amerika Syarikat dan dijual melalui Internet.

Berikutan dengan penarikan balik ke atas produk-produk berkenaan, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah membuat pemantauan dan akan terus membuat pemeriksaan di pasar-pasar raya atau premis perniagaan tertentu bagi memastikan bahawa produk-produk berkenaan tidak ada di pasaran.

Sehubungan dengan itu, pihak kementerian menasihatkan supaya para pengimport dan peniaga tidak mengimport produk terbabit dan menarik baki, jika ada, dari pasaran serta menyerahkan produk berkenaan ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah untuk dimusnahkan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular