Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 11 Julai 2012

S'pura tidak mampu campurkan agama, politik - Presiden Tony Tan






SINGAPURA - SEBAGAI sebuah negara sekular, Singapura tidak mampu mencampurkan agama dan politik kerana ia boleh menyebabkan polarisasi dan memecahbelahkan masyarakat kepada kem-kem bertentangan, kata Presiden Tony Tan Keng Yam.

Di negara-negara lain, ini menyebabkan perpecahan dalam masyarakat, bahkan kadangkala keganasan, ujar beliau.

Presiden Tony Tan berkata demikian di perasmian pejabat tetap Pertubuhan Antara Agama (IRO) di Palmer Road, dekat Masjid Haji Muhammad Salleh, semalam.

Sedang politik berdasarkan agama boleh diterima di sesetengah negara, agama diasingkan daripada politik di Singapura, ujarnya.

Presiden Tony Tan menyebut itu sebagai contoh amalan yang dilaksana negara ini demi memelihara dan mempromosikan keharmonian antara agama.

Beliau menggesa pendatang baru ke sini agar mempelajari amalan-amalan itu sebagaimana warga Singapura juga perlu belajar tentang budaya dan agama yang dibawa masuk ke masyarakat yang kian majmuk dek arus globalisasi.

"Dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura, kita harus terus berwaspada terhadap kuasa-kuasa yang boleh memecahbelahkan masyarakat kita atau mengakibatkan perbalahan antara kita melalui perbezaan agama kita," ujar beliau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular