Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 11 Julai 2012

Calon DAP tidak lebih 60 orang - Setiausaha Agung



GEORGETOWN - Tidak mungkin DAP akan bertanding 90 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, walaupun pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) belum selesai namun DAP hanya akan meletakkan tidak melebihi 60 orang bagi kerusi Parlimen.

“Kalau DAP bertanding 90 kawasan Parlimen, anda akan dilantik sekali untuk menjadi calon kami,” katanya dengan nada bergurau kepada wartawan pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding 90 kawasan Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing sebanyak 66 kerusi.

Menurutnya, DAP sedang menyediakan senarai pendek nama calon parti itu dan ia akan diputuskan oleh tiga ahli jawatankuasa parti dalam masa yang sesuai.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular