Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 April 2010

Prof Ismail Hussein Terima Anugerah Budaya Akhbar Jepun




KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) Tan Sri Prof Emeritus Dr Ismail Hussein telah menerima Anugerah Budaya Seikyo dari Seikyo Shimbun, akhbar harian terkemuka Jepun.

Anugerah itu diberikan kepada tokoh yang berjasa dalam pengembangan kebudayaan, pendidikan dan pendamaian dunia.

Menurut kenyataan Gapena di sini hari ini, anugerah telah disampaikan kepada Ismail oleh Timbalan Presiden Soka Gakkai Internasional (SGI), Hiromasa Ikeda, yang mewakili Dr Daisaku Ikeda, Presiden Kehormat Seikyo Shimbun, di ibu pejabat akhbar itu di Tokyo semalam.

Turut hadir pada majlis itu Duta Malaysia ke Jepun Datuk Md Som Shaharuddin.

Pada majlis yang sama, Ismail turut menyampaikan Anugerah Tokoh Penyair Antarabangsa Gapena kepada Dr Daisaku Ikeda, Presiden SGI, kerana sumbangan berterusannya melalui puisi dalam usaha melestarikan alam sekitar dan pendamaian dunia sejagat.

Ikeda adalah tokoh antarabangsa yang pertama menerima anugerah itu, yang diterima bagi pihaknya oleh Hiromasa Ikeda.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular