Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 4 April 2010

‘Raja kondom’ ditahan



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan yang juga ejen puluhan gadis pelacur layak dilabelkan raja kondom apabila diberkas polis ketika sedang membawa 1,200 bungkusan kondom dipercayai untuk dibekalkan kepada pelacur yang berkhidmat di bawah kawalannya.

Difahamkan, suspek berusia 34 tahun berkenaan dikesan kerap berkeliaran di sekitar Jalan Petaling di sini, untuk menawarkan perkhidmatan seks kepada orang ramai termasuk pelancong asing yang bersiar-siar di kawasan itu.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.25 petang kelmarin, empat anggota polis bertindak membuat intipan di sekitar kawasan Jalan Petaling di sini, selepas menerima maklumat berhubung aktiviti pelacuran didalangi lelaki berkenaan.

Menurutnya, mereka kemudian melihat suspek berada di kaki lima kedai sambil menegur orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.

Hasil siasatan, suspek disyaki cuba memujuk orang ramai mendapatkan perkhidmatan seks melalui gadis pelacur dengan bayaran mencecah RM100 bagi sekali perkhidmatan.

Ketika pemantauan dilakukan, suspek didapati membawa bersama satu bungkusan beg plastik merah.

Selepas yakin suspek terbabit dengan aktiviti pelacuran, polis bertindak menghampirinya sebelum memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa, katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular