Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 April 2010

Warga Indonesia Membohongi Petugas Malaysia

(Foto hiasan)


KUALA LUMPUR: - Seorang wanita warga Indonesia sanggup membayar lebih RM1,000 bagi mendapatkan MyKad daripada satu sindiket tempatan.

Tindakannya itu hanya terbongkar selepas dia yang berusia awal 30-an ditahan seorang anggota polis untuk pemeriksaan berhampiran Jalan Pudu di sini, jam 10.15 pagi kelmarin.

Menurutnya, sebaik ditahan, wanita itu yang bercakap dalam dialek Indonesia dengan penuh yakin mengeluarkan MyKad palsu miliknya sebelum diserahkan kepada anggota polis terbabit.

Apabila disoal siasat tiga anggota polis yang sedang melakukan operasi benteras jenayah itu, wanita terbabit mendakwa berusia 31 tahun dan berasal dari Sabah.

Namun, selepas diajukan pelbagai soalan lisan, wanita terbabit mula menjadi gementar dan gagap apabila gagal menjawab beberapa soalan berhubung negeri Sabah, katanya.

Malah, dialek percakapan serta wajah wanita terbabit yang iras wanita Indonesia selain umurnya yang lebih tua berbanding tarikh lahir tertera pada MyKad berkenaan menambahkan curiga anggota polis terbabit terhadap identiti wanita berkenaan yang dipercayai adalah warga asing.

Namun, selepas disoal siasat berulang kali, wanita berkenaan akhirnya mengaku adalah warga Indonesia bernama Novi dan berusia 37 tahun. Dia mendakwa membeli MyKad berkenaan dari satu sindiket bagi membolehkannya bebas bergerak serta bekerja di negara ini.

Susulan pengakuan itu, wanita berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut, katanya.

Difahamkan, penjualan MyKad palsu bermutu tinggi pernah ditumpaskan sebelum ini apabila ada pihak sanggup menawarkan harga sekitar RM8,000 bagi warga negara asing yang berhajat untuk memiliki dokumen peribadi berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular