Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 22 Jun 2010

1 maut, 14 hilang bot bawa 22 rakyat Indonesia karam

( Foto hiasan )




TELUK KEMANG 22 Jun - Sebuah bot ‘pancung’ yang membawa 22 penumpang warganegara Indonesia dilaporkan karam kira-kira 12 batu nautika barat Port Dickson, berhampiran perairan Port Dickson, dekat sini pada pukul 3 pagi tadi sewaktu laut bergelora dan hujan lebat.

Dalam kejadian tersebut, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia tujuh hingga lapan tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas dan mayatnya ditemui terapung oleh pasukan penyelamat pagi ini.

Sementara tujuh lagi mangsa yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 31 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tong dan cebisan kayu kapal sebelum diselamatkan oleh sebuah kapal dagang kontena, MV Kota Raya, yang melalui perairan ini.

Kapal MV Kota Raya yang didaftar di Singapura dalam perjalanan dari Bangladesh ke Singapura.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, sehingga jam 1 petang ini, 14 orang penumpang bot berkenaan masih lagi hilang dan usaha mencari dan menyelamat sedang dilakukan di perairan ini oleh pelbagai agensi berkaitan.

“Tujuh mangsa yang selamat itu merupakan dua perempuan dan lima lelaki. Kita difahamkan bot yang karam itu dari sebuah jeti di Banting, Selangor untuk ke Dumai, Indonesia.

“Kira-kira jam 3 pagi, bot itu dilaporkan karam berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada mangsa yang selamat. Kita masih lagi menjalankan siasatan ke atas semua mangsa terselamat,” ujarnya pada sidang media di sini hari ini.

Kata Baljeet, salah seorang perempuan yang terselamat itu sedang sarat mengandung dan kesemua mereka kini ditempatkan di Hospital Port Dickson, dekat sini untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun Baljeet belum dapat mengesahkan sama ada kesemua mangsa berkenaan mempunyai rekod perjalanan yang sah ke dalam negara itu, atau pun telah memasuki secara haram.

“Ada juga mangsa yang selamat itu mengalami kecederaan akibat terkena minyak diesel yang tumpah dari bot sewaktu ia karam,'' ujarnya.

Jelas Baljeet, operasi mencari dan menyelamat disertai oleh pasukan polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan dan Maritim Malaysia (APMM) serta orang ramai.

“Kita akan memperluaskan usaha mencari dan menyelamat untuk mengesan jika ada mangsa yang terselamat dalam kejadian ini,'' ujarnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular