Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 23 Jun 2010

Ayah 5 Anak: Hobi Intai Anak Dara Mandi !!

Tertuduh menutup mukanya dengan baju ketika diiring polis ke lokap mahkamah.



KUANTAN: Dia sudah beristeri dan mempunyai lima anak, namun kerana nafsu seorang lelaki masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruknya mengintai anak dara mandi.

Namun, perbuatan lelaki berusia 44 tahun itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis ketika mengendap remaja perempuan berusia 25 tahun mandi di sebuah rumah di Taman Jasmin, di sini, pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 7.30 malam.

Semalam, lelaki berkenaan, Eddy Che Din dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, bagi menghadapi pertuduhan berkenaan dan dia mengaku bersalah.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas tertuduh atau dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda berkenaan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh dengan mengintai gadis berkenaan. Jika sabit kesalahan, dikenakan hukuman denda sehingga RM100.

Terdahulu, tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mengemukakan rayuan hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia menanggung isteri dan lima anak.

Dalam rayuannya, tertuduh memberitahu mahkamah, dia insaf dan bertaubat serta tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh.

Tertuduh memaklumkan itu kesalahan pertama dilakukannya membabitkan perbuatan mengintai.

Namun, Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan T Murugesu mahu mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepadanya dan orang awam supaya tidak melakukan perbuatan tidak senonoh.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular