Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 30 Jun 2010

Kisah Artis Malaysia: Cinta Jejai buat Fasha




KUALA LUMPUR: “Memang Jejai kekasih saya. Saya mengaku kerana sekarang kami sah bercinta. Dulu, saya tak mengaku kerana belum ada kata putus.
“Hubungan kami atas dasar persefahaman kerana kami berkenalan selama tujuh tahun,” kata pelakon sensasi Fasha Sandha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 26, mengesahkan hubungan cintanya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai), 33.

Fasha ditemui pada majlis sesi ramah mesra bersama pelakon siri terbaru TV3, Duyung Aridinata di Ampang di sini semalam berkata, hubungan cintanya dan Jejai makin terserlah apabila bekas suami Nora Danish itu datang membuat kejutan di lokasi penggambaran drama terbabit di Pulau Lang Tengah, Terengganu, dengan helikopter, Mei lalu.

Bercakap lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Jejai, Fasha sambil memperagakan sebentuk cincin berlian tersarung di jarinya berkata, kemunculan mengejut kekasihnya di pulau itu disebabkan sudah dua bulan mereka tidak bertemu.

“Saya memang tak sangka Jejai sanggup berbuat demikian untuk saya (datang dengan helikopter). Sejak itu, cinta kami makin hangat.

“Terus terang, saya terbuka hati menerima cinta Jejai kerana melihat kesungguhannya bersusah-payah untuk saya, selain mahu memberi kejutan. Ia amat menyentuh hati saya kerana belum pernah ada lelaki sanggup berbuat demikian untuk saya.

“Apapun, buat masa ini kami belum berbincang mengenai perkahwinan kerana ia masih terlalu awal. Lagipun, saya tak mahu terlalu berharap kerana enggan kecewa lagi. Saya tak mahu kecewa seperti yang pernah berlaku dulu,” kata Fasha bersungguh-sungguh.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga masing-masing terhadap perhubungan itu, Fasha berkata, apa yang lebih penting, Jejai sudi menerimanya sebagai teman wanita.

Menjawab soalan adakah dia menerima Jejai kerana lelaki itu hartawan dan anak VIP, Fasha menafikannya.

Katanya, cintanya tiada kena mengena dengan kekayaan kerana dia lebih sukakan sikap Jejai yang penyayang.

“Bukan bercakap besar, saya pun ada kerjaya sendiri dan sebelum bersama Jejai pun mampu beli rumah dan kereta sendiri,” katanya.

Berbicara mengenai tanggapan masyarakat yang sering melabelkannya perampas kekasih atau suami orang, Fasha berkata, dia tidak kisah dengan semua itu dan terpulanglah kepada masyarakat memperkatakan apa saja.

“Sama ada saya mengaku atau tidak, orang tetap juga bercakap. Biarlah saya berterus terang saja. Terpulanglah tapi saya gembira kerana setakat ini peminat tetap memberi sokongan dan mendoakan kebahagiaan saya.

“Namun, ingin saya tegaskan bahawa pengakuan ini tidak ada kaitan langsung dengan kontroversi (perang dingin Fasha dengan Tiz Zaqyah) yang berlaku baru-baru ini. Bagi saya, ia sudah selesai dan saya ingin teruskan kerjaya seperti biasa.

“Jujurnya, sekarang saya gembira dan terharu dengan tawaran berlakon yang terus mencurah. Saya harap peminat juga akan menonton siri Duyung Aridinata di TV3 kerana ia sangat menghiburkan,” ujarnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular