Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Jun 2010

Pencuri pulangkan coli, seluar dalam wanita

( Foto hiasan )



KANGAR: Seorang wanita tergamam sebaik melihat seluar dalam dan coli miliknya yang hilang dua minggu lalu, ditinggalkan di atas cermin keretanya yang diletakkan di pinggir jalan sebuah taman perumahan di sini, semalam.

Mangsa berusia 24 tahun yang enggan nama disiarkan berkata, sepasang pakaian dalam itu dilaporkan hilang bersama kamera digital Sony DSLR milik majikannya yang disimpan dalam bilik tidurnya pada 8 Jun lalu.

“Pagi tadi (semalam) ketika menghidupkan kenderaan untuk ke tempat kerja, saya tergamam selepas mendapati seluar dalam dan coli yang hilang dipulangkan semula pencuri dengan diletakkan di atas cermin depan kereta.

“Saya mengakui ia milik saya yang hilang dan berharap pencuri memulangkan kamera kepunyaan syarikat kerana menyukarkan saya menjalankan tugas harian,” katanya yang menafikan menggunakan khidmat bomoh bagi mendapatkan semula barangan terbabit ketika ditemui di rumahnya, dekat sini.

Menurutnya, dia tidak mengetahui punca sebenar pencuri memulangkan semula barangan terbabit dan tidak bercadang menggunakannya semula.

Katanya, pencuri berkenaan kemungkinan besar memulangkan semula barangan itu secara tergesa-gesa dengan meletakkannya di atas cermin kereta pada waktu malam ketika penghuni taman perumahan nyenyak tidur.

Tindakan pencuri meletakkan pakaian dalam di tempat terbabit bakal menimbulkan persepsi negatif kepada penghuni taman perumahan.

“Mungkin ramai penghuni atau jiran menganggap saya tidak sopan kerana menjemur seluar dalam dan coli secara terbuka di atas kereta yang diletakkan di pinggir jalan utama walaupun hakikatnya ia dicuri,” katanya.


Dalam kejadian pada 8 Jun lalu, katanya, pencuri dipercayai mengambil barangan dalam bilik ketika nyenyak tidur dengan bertindak membuka tingkap bilik rumah teres yang disewa bersama dua rakan.

“Pencuri berkenaan gagal mengambil komputer riba kerana sukar mengeluarkannya memandangkan tingkap bilik dipasang jeriji besi. Saya hanya menyedari kehilangan kamera ketika mahu keluar bekerja,” katanya.

Menurutnya, banyak kes kecurian dilaporkan berlaku di kawasan perumahan itu termasuk kes menceroboh rumah seorang jiran yang mempunyai anak perempuan untuk mengendap.

Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Beseri, dekat sini, jam 3.30 petang pada hari kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan ‘kaki sekodeng’ yang mengambil kesempatan mencuri barangan ketika menjalankan kegiatan terbabit.

Penemuan semula seluar dalam dan coli miliknya itu turut dilaporkan kepada pegawai penyiasat balai polis terbabit.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular