Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 23 Jun 2010

Buaya Di Sabah Kian Banyak




KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata pembangunan yang tidak mengambil kira kepentingan habitat hidupan liar menyebabkan berlakunya kejadian buaya menyerang manusia.

Beliau berkata, walaupun jumlah buaya meningkat, terutama di Sabah, sumber makanan mereka telah habis, menyebabkan berlaku serangan terhadap manusia.

"Habitat mereka telah diganggu. Sungai telah dimusnah. Apabila haiwan yang menjadi makanan buaya tiada lagi di kawasan mereka mencari makan, buaya akan menyerang apa sahaja yang ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Antarabangsa Konflik Manusia-Buaya di sini hari ini.

Masidi berkata, pemaju mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar dan perlu mengambil kira kesan projek mereka terhadap hidupan liar.

Sementara itu, Pengaran Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Sabah, Dr Laurentius Nayan Ambu, berkata terdapat antara 12,000 hingga 15,000 buaya di Sabah, semuanya spesis buaya

Masidi berkata, pemaju mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar dan perlu mengambil kira kesan projek mereka terhadap hidupan liar.

Sementara itu, Pengaran Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Sabah, Dr Laurentius Nayan Ambu, berkata terdapat antara 12,000 hingga 15,000 buaya di Sabah, semuanya spesis buaya tembaga. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular