Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Jun 2010

Janda Penipu: Deja Moss Rugi RM10,750



KUALA LUMPUR: Penampilannya cukup meyakinkan. Dengan menggunakan kereta mewah dan memakai perhiasan mahal termasuk berlian serta petah berbicara, wanita berusia 46 tahun ini kelihatan seperti usahawan berjaya.

Tidak hairan ramai cair dengan lakonannya termasuk penyanyi Sharifah Hadijah Wan Mos atau lebih dikenali sebagai Deja Moss.

Penyelewengan dilakukan wanita berstatus janda beranak tiga dipanggil ‘Kak Ida’ itu bukan sembarangan, sebaliknya dirancang teliti dan cukup licik.

Deja kerugian RM10,750 dalam tempoh kurang tiga bulan selepas diperkenalkan kepada wanita itu oleh adiknya.

Dia menyifatkan janda berusia 46 tahun itu penipu cekap.

Berikutan kejadian berkenaan, Deja membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana, di sini, Selasa lalu.

Deja yang memiliki restoran menjual kek lapis di Ukay Perdana mengakui bodoh kerana terlalu mudah mempercayai kata-kata wanita itu kononnya mempunyai dua syarikat dan mengalami masalah kewangan selepas ditipu rakan kongsi dalam bidang pengiklanan.

“Kak Ida dakwa rakan kongsi itu melarikan duit syarikat ke Jakarta dan meninggalkan beban padanya.

“Memang bodoh sebab saya percaya dan kasihan mendengar ceritanya. Tidak sangka pula menjadi mangsa penipuan sedangkan saya melayannya baik sebelum ini

“Mula-mula dia telefon saya sekitar Mei lalu untuk meminjam RM7,000, namun saya tidak mempunyai wang. Selepas berbincang dengan suami dan bersetuju membuat surat perjanjian, saya menyerahkan RM5,000 kepadanya dan dia berjanji memulangkan pada 8 Jun.

“Pada 21 Mei saya memasukkan lagi RM1,500 kerana katanya ingin menghantar anak ke sekolah asrama penuh di Ipoh. Sekali lagi saya masukkan RM2,000 pada 3 Jun atas alasan lain dan terakhir RM250 tiga hari kemudian.

Bukan saya tak berfikir, cuma wanita ini pernah meyakinkan saya pada 1 Jun yang dia menerima cek bernilai RM200,000 selepas menjual BMW miliknya. Dia berjanji melangsaikan hutang saya pada 6 Jun sebaik cek itu ditunaikan. Rupa-rupanya, itu semua dusta,” katanya.

Deja turut merahsiakan semua pemindahan wang tunai ke akaun wanita itu daripada pengetahuan suami kerana bimbang timbul salah faham.

Malah, akuinya, sejak awal, suaminya mengesyaki sesuatu aneh pada wanita itu. Sebaliknya Deja tidak mempercayainya dan cuba bersikap optimis kerana yakin dengan kronologi kisah diceritakan kepadanya.

Sehingga kini Deja malu dan rasa bersalah pada temannya yang meminjamkan RM5,000 itu kerana sepatutnya sudah lama diselesaikan.

Selepas mula sangsi alasan dan cerita disampaikan, dia mula mendesak wangnya dipulangkan, namun pelbagai alasan diberi.

Puluhan kali Deja berusaha menghubungi wanita itu dan menghantar SMS menuntut hutang.

“Kononnya sudah ada RM200,000, tapi setiap kali saya hubungi ada saja alasan tak masuk akal diberi. Kononnya berbincang dengan pihak bank, masih menunggu cek ditunaikan dan pelbagai lagi. Malah, pernah sekali ketika saya menghubunginya, dia beritahu berada di Pulau Pinang kerana mendakwa cek diberi cek tendang.

“Lama-kelamaan saya menjadi marah dan bengang dengan tindakannya. Suami juga memarahi saya kerana kesilapan ini. Saya sangat tertekan hingga mengganggu perjalanan kerjaya saya. Mana tidaknya, wang yang saya berikan padanya adalah daripada simpanan sendiri yang sudah diketepikan untuk melangsaikan bayaran kad kredit, kereta dan gaji pekerja.

“Justeru, pada 22 Jun selepas lebih dua minggu menanti, saya terus membuat laporan polis. Saya turut membuat penyelidikan terhadap latar belakang wanita itu dan ternyata saya sudah tersalah pilih orang.

“Dia itu bukan saja penipu, malah pernah memiliki rekod pecah amanah dan beberapa kes lain di mahkamah sebelum ini.

“Saya percaya ramai menjadi mangsanya sebelum ini. Saya bukan bodoh untuk duduk diam. Saya selidik daripada keluarganya di Segamat, Johor serta beberapa rakan yang mengenalinya.

“Keluarganya sendiri terkejut dan adiknya yang memang mengenali saya sebelum ini malu dengan perbuatan kakaknya. Wanita ini memang penipu dan menjerat beberapa individu lain. Mungkin kini nasib saya tidak baik terjerat sama.

“Wanita ini pernah menipu seorang teman saya lebih RM100,000. Bukan itu saja, untuk mengelak dituduh, wanita ini sanggup berkahwin dengan suami kepada kawan saya itu di Thailand pada 2 Mac tahun lalu. Selepas dibawa berubat isterinya, baru suaminya sedar dan menceraikan wanita itu tiga bulan kemudian,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular