Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Jun 2010

Pembantu Rumah Indonesia Bunuh Majikan Ditahan

( Foto hiasan )


KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang membunuh majikannya hampir dua tahun lalu, ditahan selama perkenan Sultan Pahang.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman ke atas remaja perempuan itu mengikut Seksyen 97 (2)(b) Akta Kanak-kanak 2001 memandangkan dia berusia 15 tahun ketika melakukan kesalahan itu.

Mengikut Seksyen 97 seorang kanak-kanak tidak boleh dikenakan hukuman mati dan akan dipenjarakan di satu tempat selagi mendapat perkenan sultan.

Akhtar kemudian mengarahkan remaja dari Pontianak, Kalimantan, Indonesia itu dipenjara di Kajang, namun secara berasingan dengan pesalah dewasa.

Remaja terbabit sebelum ini mengaku bersalah atas dakwaan melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Miati Bakri, 69, antara 1.30 hingga 2.30 petang di No 3, Lorong Sungai Karang Maju 7 di sini pada 11 November 2008, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Pada prosiding hari ini, peguam remaja tersebut, Raftfizi Zainal Abidin turut mengemukakan laporan psikologi daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang dibuat pada April lepas untuk rekod mahkamah menunjukkan tahap kecergasan otak remaja terbabit adalah lebih rendah berbanding remaja normal.

Bercakap kepada pemberita, Raftfizi berkata beliau akan meminta sokongan Kedutaan Indonesia dalam membantu mempercepatkan tempoh hukuman remaja itu. Katanya laporan perilaku remaja terbabit ketika di Sekolah Tunas Bakti, Marang, Terengganu akan diberi kepada pihak kedutaan untuk dinilai sebelum surat memohon keampunan diserahkan kepada Sultan Pahang.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh dan Heng Yeng Low.
- BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular