Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 24 Jun 2010

Kes Maya Karin: 'Tiada komen, tiada cerai'

Maya disoal wartawan selepas keluar dari Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR: “Ask Maya, (Tanya Maya) No Comment (Tiada komen), No divorce (Tiada cerai),” kata Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 40, dengan nada serius sebaik keluar dari kamar Hakim Syarie di Mahkamah Syariah, di sini, semalam.

Isterinya, pelakon dan pengacara terkenal, Maya Karin Roelcke, 31, juga hanya tersenyum dan berkali-kali mengatakan “Saya tidak boleh beritahu apa-apa, saya minta maaf.”

Kedua-dua mereka yang tiba dan pergi secara berasingan enggan memberi komen berhubung kehadiran mereka di situ.

Terdahulu, Maya yang berbaju kurung dan lengkap bertudung hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, ditemani peguam syarie, Norhusniah Husin, masuk ke dalam kamar Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin pada jam 2 petang.

Beberapa minit kemudian, kelihatan dua lelaki berbangsa asing yang membawa dokumen membabitkan kes itu masuk ke dalam kamar sama.

Steven atau Muhammad Ali, yang memakai sut lengkap pula tiba pada jam 3 petang ditemani seorang wanita dipercayai peguam.

Muhammad Ali enggan memberi ulasan ketika ditemui wartawan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular